Tips menghilangkan sakit kepala Tips menghilangkan sakit kepala| - TopicsExpress



          

Tips menghilangkan sakit kepala Tips menghilangkan sakit kepala| Sakit kepala bukan kepalang lagi. Mulalah mencari ubat untuk menahan sakit. Satu rumah digeledahnya. Tapi tak jumpa walau satu biji panadol pun. Kepala makin sakit. Nak tidur pun tak boleh. Pusing kiri pusing kanan. Tak tahan lagi. 1: Sakit kepala Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau lain-lain situasi yang menyebabkan anda tidak ada mood, tidak boleh buat kerja akibat daripada kesakitan kepala yang amat sangat. Gambar 2: Refleksologi Tangan Di sini saya ingin berkongsi satu tips menghilangkan sakit kepala yang mudah dan boleh dilakukan sendiri jika tiada alternatif lain yang boleh menghilangkan sakit kepala. Perhatikan tangan anda di kawasan yang saya tandakan dengan bulatan seperti gambar 3 di bawah. Kebiasaannya jika saya mengalami sakit kepala, saya akan menekan atau mengurut pada kawasan yang dibulatkan. Jika anda tidak mengalami kesakitan pada sebelah tangan yang anda urut, cuba urut pula pada sebelah tangan yang lain. Gambar 3: Kawasan untuk mengurut Kekuatan mengurut mengikut kehendak anda. Jika anda mahukan urutan yang kuat atau perlahan pun tidak menjadi masalah. Tidak perlukan minyak untuk mengurut. Cuba berulang kali sehingga anda merasakan ada perubahan kepada sakit kepala anda. Walaupun jika kita lihat dari sudut refleksologinya, pada bahagian itu adalah kawasan titik organ manusia seperti gambar 2 di atas, cara ini dilihat berkesan untuk menghilangkan sakit kepala anda dengan kadar segera. Tanpa perlukan ubat tahan sakit (panadol) anda sudah mengurangkan kebergantungan terhadap ubat tahan sakit. Lebih baik lagi, jika orang lain yang urutkan untuk anda. Mesti lebih selesa. Jika kedua-dua belah tangan anda tidak mengalami kesakitan apabila diurut, maka anda tidak perlu mengurut dibahagian tangan untuk menghilangkan sakit kepala. Anda boleh urut pula bahagian kepala seperti yang akan saya terangkan pada entri lain. Semoga tips menghilangkan sakit kepala ini boleh mengurangkan dan menghilangkan rasa kesakitan kepala anda. Sakit kepala akibat darah tinggi tidak sesuai mengikut tips ini kerana penyakit darah tinggi memerlukan rawatan khusus.
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 17:48:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015