Tips turunkan berat badan cara sihat: MENGAMBIL 5 HIDANGAN - TopicsExpress



          

Tips turunkan berat badan cara sihat: MENGAMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil. MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik. MENGAMBIL PROTEIN Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging). KURANGKAN LEMAK Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol . KURANGKAN GULA Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja. MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 16:04:29 +0000

Trending Topics



y" style="min-height:30px;">
Wiil ayaa waxa uu ku noolaa dalka kenya gaar ahaan nairobi waxa uu
Ullalim and The Ullalim Festival in Kalinga Introduction to the
Romans 8:21 Because the creature itself also shall be delivered
This pisses me right off! Theres nothing substantiating the

Recently Viewed Topics




© 2015