USTAZ / USTAZAH FB :) asal post mende2 islamik, ade je yang label - TopicsExpress



          

USTAZ / USTAZAH FB :) asal post mende2 islamik, ade je yang label cam ni ye.. takpe, alhamdulillah :) ada jugak yang cakap cam ni, " huh, beriya je post kat fb, bukannya ada degree pun nak cakap lebih2 pasal islam.. " degree?? meh, saya kongsikan satu kisah benar yang berlaku kepada sister usrah saya ( usrah luar ) sister ni diajukan satu soalan yang simple je. " apa beza antara syukur dengan alhamdulillah? " maka dia pun jwb pnjang2.. sister ni ajukan soalan ni gak kat saya, saya pun jawab le pepanjang..hehe.. untuk pengetahuan korang, yang bertanyakan soalan ni pada sister tadi merupakan seorang kanak2 yang berusia 10 tahun yang baru saja memeluk islam. parents dia bukan islam. dan tau tak jawapan budak kecik ni ape? dia jawab cam ni : " syukur boleh disandarkan kepada apa sahaja tapi alhamdu itu hanya untuk Allah " sentap ko jah dengar jawapan budak kecik ni. simple tapi betul. budak 10 tahun kot, baru lagi peluk islam. kita yang da twenties ni tak dapat bg jawapan cam dia ni. ya, sangat malu. da la budak ni saudara baru. kita yang lahir islam pun meleleh hingus nak jawab. haihh.. jadi, kalau dapat ape2 je ilmu. sampaikan saja. asalkan ilmu itu benar. hadis2 palsu takyah la share..terutamanya time bulan rejab, ada je hadis palsu. sebarkan saje ilmu yang bermanfaat..tak payah tunggu nak cukupkan ilmu kat dada. ilmu tu wajib ada tp nak tnggu sampai penuh memang takkan penuh. sebab ilmu Allah tu luas sangat. "katakanlah ( Muhammad): " kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu ( pula)." QS al kahfi : 109 apabila sesuatu ilmu disampaikan, jangan lihat pada si penyampai, lihatlah isi ilmu yang disampaikan itu.. diri ini juga masih mencari ilmu..
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 03:28:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015