Yusof Qaradawi : Sibuk Campur Urusan Politik Malaysia, Negara - TopicsExpress



          

Yusof Qaradawi : Sibuk Campur Urusan Politik Malaysia, Negara Sendiri Huru Hara Orang yang dikatakan ulama terkenal dunia , Yusof Qaradawi yang berasal dari Mesir dan menetap di Mesir pernah campur tangan dalam urusan politik Malaysia apabila menulis sepucuk surat kepada rakyat Malaysia supaya menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Lihat sini -->> malaysiakini/news/228174 Daripada Mesir dia cuba untuk campur tangan hal ehwal politik Malaysia .. Hari ini kita semua tahu apa yang terjadi di Mesir. Di negara dia sendiri pun huru hara dan dia tak boleh nak nasihatkan rakyat negaranya atau selesaikan masalah, ada hati pula dia campur urusan politik di Malaysia dan nak nasihatkan rakyat Malaysia. Lucu kan ? Berhubung dengan krisis yang berlaku di Mesir, dijangkakan krisis tersebut akan semakin teruk dalam masa beberapa hari ini. Seperti yang kita maklum ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir, terutamanya para pelajar. Dalam krisis yang berlaku beberapa tahun lalu kerajaan telah memunggah rakyat Malaysia pulang ke tanah air demi menjaga keselamatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum juga ramai para pelajar Malaysia adalah penyokong Pas. Saya jangka untuk krisis kali ini kemungkinan besar kerajaan sekali lagi akan menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia. Untuk operasi kali ini saya cadangkan agar kerajaan hanya membawa pulang rakyat Malaysia yang tidak berparti atau yang menyokong BN sahaja. Yang sokong Pas atau puak-puak Pas jangan di bawa pulang. Sebab selama ini mereka memang suka kepada demonstrasi jalanan dan sebagainya. Sampai di Mesir pun mereka buat demo bersih dan sebagainya. Jadi kali ini biar mereka hidup dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran mereka. Tak perlu kita nak fikir pasal keselamatan mereka dan sebagainya. Sebab masa mereka buat demo pun mereka tidak pernah fikir pasal keselamatan dan kesusahan orang lain. Hiduplah kau orang dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran kau orang selama ini ..
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 02:46:44 +0000

Trending Topics



end the launch party for the official release
"As another graduation season comes to a close, there is cause for
DYING TO SELF by Bro. Benjamin God can not use a man who has

Recently Viewed Topics




© 2015