✿✿ khas untuk ibu yg ingin menyusukan semula bayi. ✿✿ - TopicsExpress



          

✿✿ khas untuk ibu yg ingin menyusukan semula bayi. ✿✿ ::~~ RELAKTASI ~~:: Ada ramai ibu tanya kepada saya, "saya dah lama berhenti breastfeeding, boleh lagi ke kalau nak start semula?" "saya tak pernah hamil, boleh tak kalau saya nak menyusukan bayi?" "saya ada ambil anak angkat, boleh tak nak susukan bayi saya? Macam mana?" Soalan yang berbeza, tapi konsep lebih kurang sama- RELAKTASI SUSU IBU. Atau kata mudahnya, nak up kan semula susu yang dah kering, atau nak wujudkan susu yang tak pernah ada. [✔] Pertama sekali, kita perlu tahu, kita adalah wanita. Wanita ni dilengkapkan dengan pelbagai hormon khas untuk menghasilkan susu, termasuk hormon oxytocin dan hormon prolaktin. Sebab kalau ubat perangsang susu atau supplement banyakkan susu, kalau kaum lelaki ambil, diorang tetap tak akan hasilkan susu, sebab lelaki tiada hormon oxytocin dan prolaktin. [✔] Kedua, kita perlu faham cara manual payudara hasilkan susu. Bagaimana payudara hasilkan susu? Ia bukan semudah bayi hisap pertama kali, terus keluar susu. Tidak. Payudara perlukan rangsangan berterusan untuk hasilkan susu. Bayi perlu kerap hisap, dan sekali hisap tu perlu hisap lama. Lagi lama lagi bagus. Sebab tu sentiasa saya ulangkan kepada ibu menyusu, nak susu banyak, kena kerap perah atau pam. Perah tapi susu sikit? Tak mengapa. JANGAN PUTUS ASA. Jangan berhenti di tengah jalan. Ia nya normal. Tiada manis dalam kejayaan jika belum ada kesusahan. Ye tak? Paling ideal dan paling bagus, perah setiap satu jam atau dua jam sekali. Sebelah payudara pam MINIMUM 20 minit sekali. [✔] Ketiga, ibu-ibu sering juga bertanya, adakah supplement boleh membantu? Jawapan saya, ya, JIKA, anda pam dengan kerap, anda tak skip makan nasi berlauk, dan anda minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Supplement ni adalah makanan tambahan. Kurma, susu, longan kering, ikan pekasam adalah supplement. Vitamin Shaklee pun merupakan supplement. Sesetengah orang, dah pulun makan kurma dan longan kering pun, susu masih drop. Kemungkinan besar tubuh kita kekurangan zat dan nutrisi, sebab itu lah sistem badan yang bekerja untuk hasilkan susu tak dapat hasilkan banyak susu. Itu juga lah merupakan salah satu sebab vitamin Shaklee diperkenalkan- untuk melengkapkan kekurangan zat dan nutrisi tubuh kita. Disamping berdoa, yang penting, anda mesti yakin & rajin berusaha. Anda pasti boleh menyusukan bayi walaupun dah lama berhenti ataupun tak pernah menyusukan bayi. Kena kuat semangat sikit. Yeahhh you can do it momma!! Love : Nurin Supplement ..(◕‿◕)
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 01:31:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015