sudah saban tahun kita membaca laporan audit negara... dan saban - TopicsExpress



          

sudah saban tahun kita membaca laporan audit negara... dan saban tahun isu pembelian dan pembelanjaan kerajaan didapati tidak masuk akal.... "ala. nak kalut apa, setakat jabatan audit saja, rakyat tak marah... paling lama nak marah 40 hari,".... apa tindakan selepas pendedahan laporan audit negara? adakah sebarang pendakwaan di mahkamah? atau adakah sesiap di pertanggungjawabkan? persoalan belanja pada harga yang tidak munasabah dibenarkan oleh peraturan dan pekeliling Kerajaan... semua dokumen ada utk pembelian tersebut.... dan kalau bawa ke mahkamah pun, tiada kes dari segi salah tadbir. apa yang perlu ada sekarang adalah review Pekeliling Kewangan Ketua Setiausaha Negara dan Pekeliling Kewangan Perbendaharaan dalam bab kelulusan pembelian. Sidang dewan rakyat perlu melihat masalah teknikal ini walaupun pekeliling ini cuma hal kecik, tapi disebabkan pekeliling inilah memberi ruang jabatan dan kementerian berbelanja sewenang-wenangnya. Pembelian dibawah had tertentu tidak perlu melalui jawatankuasa tender adalah loop hole yang perlu dilihat, banyak pembelian dan pembayaran yang berlaku diluluskan oleh ketua jabatan tanpa merujuk pihak atasan disebabkan ada ruang ini. "beli jam sebiji takkan nak masuk tender?".... memang la jam sebiji tapi harga yang dibayar tu sapa yang buat keputusan?
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 01:36:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015