10/11/2013 Pembunuh Pegawai AMBank Berjaya Di Tangkap Di Johor - TopicsExpress



          

10/11/2013 Pembunuh Pegawai AMBank Berjaya Di Tangkap Di Johor !! Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter beliau pada jam7:55 AM, hari ini 10 November 2013 telah memaklumkan bahawa perompak (pegawai keselamatan) yang membunuh seorang pegawai Ambank TELAH BERJAYA DITANGKAP Polis pada pagi ini di Johor Bahru.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM. Tan Sri Abu Bakar menyatakan Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat Msia yg terus [email protected] kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini. Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika. sumberAzmy Klanajaya at 10:03 amShare No comments: Post a Comment ‹›HomeView web versionPowered by Blogger
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 09:10:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015