10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yg - TopicsExpress



          

10 TIPS Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yg Disarankan Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan. Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut: 1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. 2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur. 3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur. 4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan. 5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan. 6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio. 7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil. 8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma). 9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma. 10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang. Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan : *Bacalah salah satu nama terbaik Tuhan iaitu "Ya Mushowir" dengan jumlah pembacaan sebanyak 100 kali bacaan *Bacalah sebahagian dari Surah Maryam khususnya ayat pertama sampai ayat ke-enam,kalau dibaca semua juga lebih bagus,atau dihafal *Bacalah doa cepat hamil selepas solat hajat dan mintalah agar segera diberi keturunan *Setelah selesai solat hajat,bersujudlah dan berdoa dengan membaca istighfar sebanyak 71 kali ***************************************** Ibu2 comel admin jemput LIKE (y) > jualan pelbagai produk kesihatan, kecantikan, beg & pakaian . admin cadangkan akk2 buang toksin bersama Clensup MURAH
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 23:40:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015