4A yang perlu diketahui...Mengapa kemalangan di tempat kerja - TopicsExpress



          

4A yang perlu diketahui...Mengapa kemalangan di tempat kerja berlaku? A - Aksi tidak selamat / amalan yang membahayakan Apakah yang dikatakan aksi tidak selamat? Kebiasaannya tindakan tidak selamat dan amalan yang membahayakan ini dilakukan oleh pekerja itu sendiri seperti; Merokok di dalam kawasan kerja yang merbahaya seperti mengendalikan bahan/cecair mudah terbakar. Tidak memakai peralatan keselamatan yang diberikan. Bergurau di dalam kawasan kerja. Suka mengambil jalan pintas dalam melakukan kerja. Tergopoh-gopah dan tidak mematuhi peraturan kerja. Bertindak berani melakukan sesuatu perkara yang merbahaya. Tidak mengemas peralatan kerja sehingga bersepah dan membahayakan orang lain. Cuai dan tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika bekerja. A- Alam sekeliling/sekitar yang membahayakan Keadaan tempat kerja yang bersepah – tiadanya 5S. Suasana tempat kerja yang gelap dan malap – kurang pencahayaan. Suhu yang terlalu sejuk / panas – pengudaaraan kurang baik. Ruang kerja yang sempit dan tidak selesa. Lantai yang licin dan berminyak. Bahaya kebakaran didededahkan kepada pekerja seperti tempat pengstoran bahan bahan mudah terbakar berdekatan dengan tempat bekerja. A - Alatan yang digunakan tidak sesuai /rosak Alatan yang salah digunakan untuk sesuatu kerja seperti mengunakan spanar untuk aktiviti mengetuk. Peralatan perlindungan peribadi tidak mampu mengelakkan hazard yang terdedah kepada pekerja seperti menggunakan tuala mengantikan respirator ketika mengendalikan bahan kimia. Majikan tidak mengantikan peralatan perlindungan peribadi yang telah rosak. Peralatan kecemasan yang disediakan telah rosak atau tamat tempoh seperti alat pemadam api. A - Arahan kerja tidak disediakan / tidak dipatuhi Majikan gagal menyediakan prosedur/arahan kerja atau SOP (Safety Operating Procedure) untuk aktiviti-aktiviti yang berisiko. Arahan kerja yang disediakan oleh majikan tidak mencakupi aspek keselamatan dan kesihatan. Arahan kerja yang disediakan tidak difahami dan terlalu panjang. Pekerja tidak diberikan latihan berkenaan arahan kerja yang telah disediakan majikan. Pekerja gagal mematuhi arahan kerja yang telah disediakan majikan. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ada gagal menjalankan fungsinya sebagai anggota jawatankuasa dan tidak mengikuti peraturan yang telah diamanahkan.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 03:06:47 +0000

Trending Topics




Recently Viewed Topics




© 2015