5 Teknik gali masalah pelanggan. … Sebelum cipta skrip jualan - TopicsExpress



          

5 Teknik gali masalah pelanggan. … Sebelum cipta skrip jualan kepada pelanggan, prioriti utama sebagai jurujual jutawan adalah kenal pasti dua perkara: 1) Apa yang pelanggan mahu. 2) Apa yang pelanggan perlu. ===== Tidak perlu hype, tidak perlu bombastik ===== Dalam seni menulis ayat menjual, kita tidak perlu tulis ayat hype atau bombastik. Cukup sekadar tulis ayat-ayat yang mereka nantikan. Sebagai contoh, orang yang mahu kuruskan badan sahaja yang tertarik dengan perkataan-perkataan seperti: + Teknik kuruskan badan. + Cerita bagaimana seorang yang dahulunya gemuk kini sudah kurus. Terdapat 5 teknik untuk gali keperluan dan kemahuan pelanggan, tanpa sebarang kos. ===== 5 Teknik gali masalah ===== Teknik itu adalah: ===== 1) Gali dengan pertanyaan. ===== … Jumpa dengan pelanggan kita, tanya apa masalah dan jalan penyelesaian yang mereka cari. ===== 2) Gali forum. ===== … Forum adalah tempat komuniti tertentu untuk bertanyakan soalan yang spesifik. Ia boleh dijadikan tempat untuk kita gali dan kumpulkan seberapa banyak persoalan yang bermain dalam fikiran mereka. ===== 3) Gali Facebook. ===== … 28 juta pengguna Facebook (Malaysia) sudah berada dalam laman sosial ini. Tugas kita adalah melakukan survey-survey ringkas dengan bertanyakan soalan seperti, Apakah masalah yang dihadapi oleh tuan puan yang berimpian untuk kuruskan badan? Setiap jawapan itu adalah lubuk emas untuk kita. ===== 4) Gali buku. ===== … Laburkan masa untuk pergi ke mana-mana kedai buku atau perpustakaan. Cari buku berkaitan dengan pasaran kita. Lihat tajuk-tajuk buku itu. Daripada tajuk, kita akan dapat signal-signal keperluan dan kemahuan pelanggan. ===== 5) Gali sistem Google. ===== … Google menyediakan beberapa sistem yang bagus untuk jurujual jutawan. Sebagai contoh, Google Keyword Tools menyediakan jumlah carian untuk kata kunci tertentu yang pelanggan kita cari setiap bulan. Setiap kata kunci itu adalah lubuk emas yang lumayan. ===== Langkah seterusnya? ===== … Apabila kita sudah kenal pasti dan kemahuan pelanggan, langkah seterusnya adalah melakukan strategi, Deploy Sales Script. Iaitu menstrukturkan ayat jualan yang berpengaruh. Sehingga menyebabkan pelanggan suka dan bahagia untuk bagi kita banyak duit. (Tanpa rasa terpaksa). Teknik itu diajar dalam pakej, 7 Teknik Content Marketing. Klik di sini --->> writetowealth.my/audio-cm
Posted on: Sat, 01 Feb 2014 05:10:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015