AKU, MAHFUZ, MURABBITUN DAN PEMUDA PAS Oleh Dr Raja Ahmad - TopicsExpress



          

AKU, MAHFUZ, MURABBITUN DAN PEMUDA PAS Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Saya menjadi graduasi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada pertengahan 1998. Sebelum mendapat keputusan penuh peperiksaan UIA, Saya dihubungi Ustaz Abu Bakar Chik (Ustaz ABC) menawarkan kepada saya meneruskan agenda perjuangan bersama Pemuda PAS. Seminggu selepas itu saya dipanggil untuk bertemu sendiri dengan Ustaz ABC. Setelah pertemuan empat mata akhirnya saya menerima pelawaan tersebut demi perjuangan Islam. Maka bermulalah satu episod baru dalam hidup ini sebagai murabithun. Keesokan harinya saya pulang untuk menceritakan berita gembira buat saya kepada ibu tercinta. Tiba di rumah tanpa sempat meletakkan beg pakaian terus saya menerpa ibu saya lantas menceritakan bahawa saya sudah mendapat kerja. Ibu saya senyum gembira mendengar dan berkata syukur AlhamdulilLah kerana segala susah senang keluarga membiayai pembelajaran saya telah terbayar. Namun bila ibu bertanya...kerja apa dan dimana. Saya dengan bangga menceritakan...dengan PAS, Dewan Pemuda PAS Pusat. Senyuman dan keriangan tadi dalam sekelip mata bertukar menjadi linangan air mata dan kemurungan wajah ibu. Sebagai anak, saya terdiam dan terkemam bila ibu tersayang menangis dan muram. Menangis bukan gembira tapi sedih kerana saya pilih untuk bekerja dengan PAS. Satu organisasi yang di takuti dan sering disalah ertikan pada ketika itu. Ibu terus senyap seribu bahasa dan tergambar kekecewaannya terhadap saya. Adik beradik saya juga memberikan respon yang negatif dengan keputusan saya. Ada yang marah sehingga meletak ganggang telefon dan ada yang senyap membisu tanda protes dengan keputusan saya. Berbekal tarbiyah oleh jemaah maka saya kuat diri dan berserah kepada Allah dalam keputusan yang saya ambil walaupun keluarga menentang. Minggu depannya saya ke Kuala Terengganu menghadiri satu latihan terbuka untuk tugas saya sebagai Pegawai Khas Unit Kerja Jemaah. Hampir berminggu di Kuala Terengganu dibawah tunjuk ajar Ustaz ABC dan menjadikan kawasan Batu Rakit sebagai kajian kes. Berbagai ilmu dan pengalaman saya perolehi. Tugas saya sangat mencabar kerana saya adalah pegawai pertama yang di lantik ke jawatan ini. Berbekalkan idea dan objektif tanpa spesifikasi tugas yang jelas maka saya anggap ianya satu cabaran untuk saya. Kerja saya adalah turun ke kawasan kawasan seluruh Malaysia untuk menggerakkan UKJ (Unit Kerja Jemaah) di peringkat DPPK seluruh Malaysia. Sangat mencabar dengan gaji yang sederhana, maka ini cabaran dengan apa yang ada saya kena bijak untuk berbelanja. Gaji dan kerja luar adalah sama. Maka markaz-markaz adalah tempat tidurku sepanjang turun ke kawasan kawasan. Bas ekspress adalah pengangkutanku. Pondok-pondok telefon adalah sumber komunikasiku. Muktamar seterusnya telah mentaklifkan Haji Mahfuz sebagai Ketua Pemuda. Maka seterusnya keputusan mesyuarat Exco DPP Pusat membuat keputusan saya dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Pemuda Pas Pusat. Terkejut dan terkasima namun saya menganggap ianya satu cabaran buat saya untuk melaksana dan merancang gerak kerja dan pelan tindakan untuk Ketua Pemuda. Mewakili beliau dalam program-program tertentu dan menjadi penghubung kepada massa dan rakyat. Sambil bertugas sebagai Setiausaha Politik, saya meneruskan cita-cita saya untuk meneruskan pembelajaran saya. Memulakan pelajaran di peringkat Sarjana di UiTM dan berjaya menamatkannya dalam tempoh yang ditetapkan pada tahun 2000. Pada ketika itu, antara sejarah yang saya tidak lupakan ketika mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah isu demo anti kriket israel dengan penjara sebulan atau denda. Maka Hj Mahfuz memilih untuk tidak membayar denda maka penjaralah pilihannya. Pada ketika itu di mahkamah, Hj Mahfuz pegang tangan saya sambil berkata.. Raja, ana serahkan perjalanan dan urusan ana kepada anta. Huh.... tergamam saya. Maka saya merasa satu cabaran buat saya apabila dihubungi pimpinan pimpinan dalam dan luar negeri dan seteruskan mewakili Hj Mahfuz dalam ceramah dan program program beliau sepanjang dia dipenjara. Bersambung...
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 09:09:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015