AMERIKA DAN EROPAH MERESTUI KRISIS DI MESIR Ikhwanonline: Bekas - TopicsExpress



          

AMERIKA DAN EROPAH MERESTUI KRISIS DI MESIR Ikhwanonline: Bekas Pembantu Menteri Luar Mesir, Yusri Ibraheem berkata, tidak terdapat keinginan di pihak antarabangsa bagi menyelesaikan krisis di Mesir kerana mereka juga merestui apa yang berlaku kerana tidak mahu Mesir maju. Beliau yang juga bekas Duta Mesir ke Algeria berkata, "Kita mesti memahami bahawa musuh-musuh sebenar iaitu negara Eropah, Amerika dan Israel, semenjak tahun 1945. Mereka ini semua tidak boleh dipercayai." Mengulas tindakan Perancis dan beberapa buah negara Eropah lain yang memanggil Duta Mesir di negara-negara berkenaan bagi menyatakan bantahan selain gesaan Perancis, Britain dan Australia kepada Majlis Keselamatan PBB, Yusri berkata, "Usaha ini semata-mata tindakan bagi menutup mulut rakyat supaya tidak mengecam mereka." Beliau berkata, "Sesetengah pemimpin negara Arab tidak mahu Mesir membangun dan mahu Mesir terus ditahap kehinaan."
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 16:44:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015