ANGKASA MINTA TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN PERIBADI DIPANJANGKAN - TopicsExpress



          

ANGKASA MINTA TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN PERIBADI DIPANJANGKAN KE 15 TAHUN Bernama 12/9/2013 PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) meminta kerajaan menimbangkan semula tempoh bayaran balik maksimum pinjaman peribadi dari 10 tahun ke sekurang-kurangnya lima belas tahun. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata ini bagi menjaga kepentingan khususnya kakitangan awam yang terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi setiap bulan apabila tempoh itu dipendekkan. "Selain itu ia juga akan menjejaskan perniagaan koperasi sebagai entiti peniagaan apabila seseorang kakitangan awam itu tidak mampu untuk membuat pinjaman," katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman di Pejabat Perdana Menteri di sini Rabu. Abdul Fattah berkata 99 peratus dari dua (2) juta ahli koperasi adalah penjawat awam dan bila tempoh tersebut dipendekkan ia menjejas ahli yang tidak lagi mampu membuat pinjaman sekaligus 389 koperasi yang ada tidak boleh menjalankan perniagaan dan tidak memperolehi dividen. Pada 5 Julai lepas, Bank Negara menetapkan tempoh maksimum bayaran balik pinjaman peribadi selama 10 tahun manakala 35 tahun bagi pembiayaan pembelian rumah untuk penjawat awam. Langkah itu dikatakan bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini yang berada pada paras 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). -- BERNAMA
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 17:21:48 +0000

Trending Topics



he HITECH Act
The Lions lost to Cincinnati yesterday 27-24 at Ford Field and now

Recently Viewed Topics




© 2015