AYAM; SEKARANG MAHAL, TAPI TAKLAH SEMAHAL AYAM AYAH SAYA | Bhg - TopicsExpress



          

AYAM; SEKARANG MAHAL, TAPI TAKLAH SEMAHAL AYAM AYAH SAYA | Bhg 2 Siri Klasik Hari Raya - ditulis atas permintaan sesetengah sahabat fb dan Saya sendiri hi hi.. Seingat Saya, kalau tiga peristiwa ini tak berlaku dalam keluarga Saya.. jangan mimpilah nak makan ayam-ayam kesayangan Ayah tu. Al-Maklum, Ayah mempunyai kuasa penuh ke atas ayam-ayamnya tu; bila nak sembelih, atas sempena apa?.. dan ayam mana yang nak disembelih.. semuanya Ayah yang putuskan. Satu - Kadang-kadang.. iaitu menumpang sefaat Kakak kebanggaan Mak, Ayah dan keluarga kami yang belajar di Kulliah Pekan [masa tu STUSAB]. Biasanya kalau Kakak nak balik dari Pekan atau keesokkan harinya Kakak nak balik ke Pekan.. hmmm, makan berlauk ayamlah kami hari tu. Bila Saya dah pandai membaca rutin Ayah tu.. selalulah Saya pulak yang bertanya, mengingatkan Ayah tarikh kepulangan Kakak. Bukan apa.. sekadar ingat beringat sebelum kena kan?.. ha ha.. Dua - Jarang, jarrranggg.. iaitu dua kali raya. Itu kira wajib adatlah. Masa tu.. tumbanglah dua tiga ekor sekaligus. Itupun bersyarat jugak.. kalau tak ada orang jual daging.. atau tahun tu tak ada orang nak semelih kerbau lembu... barulah semelih ayam. Tiga - sikit, sikitt.. bila tetamu terhormat sampai dan bermalam di rumah. Biasanya yang buat kerja ni Abang Long Sayalah. Kadang-kadang kawan-kawannya dari luar daerah, kadang-kadang Tok Guru Pondok yang dibawaknya. [Abang Long Saya ni suka sangat merantau, jarang ada di kampong. Masa bujangnya dihabiskan meround satu Malaysia.. mencari Guru Quran belajar tarannum dan ilmu-ilmu agama]. Pendek kata, atas alasan tadi.. ayam Ayah selalu sangatlah duduk di zon selamat dari dimakan. Yang jadi mangsa sokmo-sokmo.. Sayalah!. Dahlah tak dapat makan ayam, tiap-tiap pagi kena beri menatang ni makan.. Kemain lagi.. siap ada jagung khas, kena sedia sekam istimewa lagi!.. hu hu.. .. boleh sambung lagi ke?.. ha ha
Posted on: Fri, 09 Aug 2013 16:36:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015