Adakah orang melayu islam sekarang masih belum sedar?? Orang - TopicsExpress



          

Adakah orang melayu islam sekarang masih belum sedar?? Orang melayu sekarang sudah menyimpang dan sudah tersesat jauh, masing-masing menunding jari menyalahkan satu sama lain. Adakah kamu semua belum sedar lagi dari tidur? Bangunlah wahai Melayu Islam lihatlah di sekeliling kita apa sudah jadi dengan bangsa melayu islam kita, apa sudah jadi dengan generasi muda sekarang ini sudah makin menjadi lupa pada Agama,Maki hamun Agama Islam sendiri,Menghina Nabi sehinggakan ada individu yang berani mencampakkan daging BABI di hadapan Masjid. Dimanakah suara-suara orang Melayu islam kita,Dimanakah orang-orang yang memperjuangkan islam selama ini. Adakah kita sedar dengan apa yang kita sudah lakukan sekarang ini. Kenapa kerana politik orang Melayu kita menjadi Huru hara dan kacau bilau sehinggakan menjejaskan fikiran Generasi anak muda kita sekarang. Adakah kita akan tunggu dan lihat akan terjadi pula pada Anak cucu cicit kita nanti. Tidak kira samaada parti politik PR,PAS,BN masih tidak nampak lagi ke apa yang sudah terjadi pada bangsa kita. Takkan kita hendak tunggu dan berdiam diri sehinggakan kita berpecah belah, dan membiarkan bangsa lain pijak kepala kita,menghina agama islam kita,menghina pemimpin,mencerca Raja-raja melayu kita dan menakluki negara kita. Cuba kita lihat perkembangan dunia sekarang ini apa sudah jadi pada saudara islam kita Seperti Palestine, Syria, rohingya di myanmar dan Angola, apa sudah jadi pada mereka sehinggakan Masjid Diruntuhkan,Al-Quran dibakar dan orang islam di seksa dibunuh sekejam-kejamnya. Adakah kita hendak menjadi seperti meraka yang hidup penuh dengan derita,ketakutan dan keperitan. Di negara kita sehinggakan ada pemimpin yang sanggup berkhutbah di dalam gereja kerana politik ada juga khatib berkhutbah jumaat Mengkafirkan Allah S.W.T. Orang melayu islam kita sudah makin sesat dan makin menyimpang gara-gara politik. Sehinggakan anak muda kita sanggup mengibarkan bendera DAP sedangkan meraka tidak tahu apa maksud lambang bendera DAP. Mereka mempergunakan anak muda kita hanya untuk kepentingan mereka dan mensesatkan anak-anak muda kita. Kenapa hanya kerana politik PR dan PAS sanggup bersatu bersama parti Komunis ini? Semasa Pilihanraya umum ke 13 Hampir mejoriti pengundi orang cina menperolehi undi yang banyak dari parti PR,MCA dan DAP Kita juga dapat lihat purata jumlah pengundi melayu berkurangan dan DAP dapat menewaskan orang melayu PKR dan PAS. Sehingga sekarang orang melayu kita masih belum nampak akan kemusnahan pada bangsa dan agama sendiri. Kebanyakkan provokasi yang di lakukan seperti BERSIH 1.0,2.0,3.0 dan BLACKOUT semua yang melakukan adalah mejoriti orang melayu kita dan anak melayu kita sendiri. Sedangkan kita dapat lihat berapa jumlah orang-orang bangsa lain yang bersuara dan provokasi ianya agak berkurangan dari melayu. Kita tidak tahu apa muslihat musuh Melayu kita yang hendak dilakukan. Yang menentang kerajaan selama ini adalah dari kalangan orang melayu kita,yang melakukan kemusnahan sehingga mencederakan Anggota keselamatan adalah orang melayu. kita tidak tahu bangsa lain hanya melihat dan mentertawakan apa yang dilakukan oleh orang melayu, terlalu terserlah kebodohan orang melayu kita. Bangsa lain hanya memerhatikan dan pemimpin mereka hanya bersedia untuk menakluki negara ini. Mereka sanggup mengedarkan kitab-kitab BIBLE pada orang melayu kita dan pada anak-anak kita untuk menyesatkan ORANG MELAYU ISLAM. Kita perlu bangun dan bersatu sebagai bangsa Melayu Islam jangan kita menunjukkan kelemahan kita pada musuh-musuh Islam dan melayu. Jangan kita mempertikai dan bertikam lidah sesama Melayu kita perlukan semangat dan tolenrasi dari suara yang selama ini memperjuangkan Melayu Islam. Mari bersama-sama PR,PAS dan BN kita bersatu dalam bentuk Melayu Islam bukan kerana politik. Jangan kita membiarkan bangsa lain menjajah negara kita. Zaman nenek moyang kita mempertahankan Tanah melayu ini dari dijajah, Pewira dan pejuang negara kita dahulu telah berjuang bermati-matian sehingga ketitisan darah terakhir hanya untuk kemerdekaan,keamanan dan kesejahteraan BANGSA,AGAMA DAN NEGARA. Jika negara kita bersatu dan bangsa melayu islam berganding bahu pasti akan suatu hari nanti negara kita akan aman dan harmoni tiada lagi provokasi dan perhimpunan.Ini semua adalah untuk masa depan anak cucu cicit kita akan datang....
Posted on: Mon, 17 Feb 2014 09:37:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015