Aku berminat juga mendengar kuliah kursus haji walaupun dengan izin Allah SWT bersyukur telah dapat berkunjung ke sana. Sewaktu kuliah 5 tahun yang lepas, seorang ustaz yang juga sahabat baikku bercerita dalam masjid di tamanku di depan para bakal haji bahawa dia bertemu dan bersembang dengan aku di masjid Nabawi. Yang musykil , jadi tanda tanya aku dan isteri aku sehingga kini, aku tidak pernah bersembang dengan beliau. Aku dan isteri menunaikan haji tamatuk mengunjungi masjid nabawi di Madinah dahulu, miqat di bir ali, umrah, wukuf dan ke jeddah terus balik ke Malaysia. Ustaz ini menunaikan haji ifrad ke Makkah dahulu, wukuf, mengerjakan umrah, mengunjungi Masjid Nabawi, dan balik ke Malaysia. Aku tidak pernah berjumpa dan bersembang dengannya di Madinah ! Pada hal pada masa itu kami sudah balik ke Malaysia !
Posted on: Sun, 13 Oct 2013 15:13:48 +0000