Aku seperti kebiasaannya sama seperti yang lain keluar sahaja - TopicsExpress



          

Aku seperti kebiasaannya sama seperti yang lain keluar sahaja terus pergi berenang. Walaupun di kolam yang sederhana luasnya, walaupun cuaca agak suram tapi aku seronok. Berenang ke kiri, ke kanan. Sambil menikmati pemandangan dari bawah. Terdetik juga dalam hatiku betaa kerdilnya aku jika dibandingkan apa yang aku lihat di atas sana. Tinggi tak tercapai. Ketika aku sedang khayal dalam alunan fikiranku sendiri, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Plop !! Secara xsengaja arus perlahan menghanyutkan aku dan aku terlanggar sesuatu yang sepertiku. Aku memohon maaf kepadanya dan disitulah saat penting yang tidak akan aku lupakan. Sambil melihat wajah dan rupa bentuknya kami bersembang mesra. Walaupun perbualan kami agak rancak, ada sesuatu yang merunsingkan fikiranku tika itu. Bermain-main pelbagai persoalan di mindaku tentang sahabatku ini. Mengapa dia berwarna kekuningan? mengapa dia sedikit berbanding aku? dan yang paling tidak relevan, aku seronok bercerita dengannya tetapi kurang selesa kurasakan kerana aku terhidu sesuatu yang agak kuat baunya dan mengganggu keselesaanku. Masih aku di ambang khayalan sambil berbual mesra dengan sahabt baruku tiba-tiba duniaku terang. Ah sudah siang? Dan tidak semena-mena pusaran air di dalam kolam yang aku renangi berpusat dan airnya semakin berkurang. Oh tidak !! Air kolam itu menarik aku dan sahabatku serta beberapa lagi yang lain yang turut berada di dalam kolam itu hanyut ke dalam pusaran lubang dan pada ketika itulah baru aku tersedar. Segala persoalan yang tidak terjawab dek mindaku yang kurang segala segi ini telah menemukan jawapannya. Dan jawapan itu sungguh memilukan dan tidak dapat aku terima. Rupa-rupanya aku seketul TAIK. Dan sahabatku tadi juga sama sepertiku. Patut saja rpanya kekuningan dan berbau. Oh tidak. Apakah ini realiti? Sakitnya jiwa dan perasaanku. Tidak dapat aku terima semua ini !! Adakah nasibku berakhir di sini ??Adakah aku akan terselamat dari sedutan air yang tiada tandingannya ini ?? NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA DI MINGGU HADAPAN. SELAMAT MALAM.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 17:08:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015