Alahan susu atau produk tenusu ibu hamil dan menyusu susu - TopicsExpress



          

Alahan susu atau produk tenusu ibu hamil dan menyusu susu ibu Posted on December 17, 2012 Bahan tenusu iaitu daripada susu adalah bahan yang mengandungi sumber protein dan kalsium yang baik dan dipromosikan sebagai makanan yang terbaik. Walau bagaimanapun tenusu mempunyai masalah dan sebenarnya tidak dicadangkan untuk kebanyakan ibu. Ramai ibu alami alahan susu yang menyebabkan masalah. Ramai orang dewasa kekurangan intestine enzyme lactase yang diperlukan untuk menghadam gula susu iaitu laktos. Bagi anak-anak, enzim ini wujud namun protein susu, casein menjadi masalah samada pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Casein adalah protein yang paling sukar dihadam dan jika tidak dihadam dengan sempurna oleh ibu akan masuk ke susu ibu dan sampai kepada bayi. Apabila sampai ke perut dan usus bayi, ini akan memberi kesan atau menyebabkan proses peradangan dalam saluran usus atau bahagian badan lain. Simpton ini adalah kolik atau kembung perut. Perlukah ibu mengelak ambil susu? Akan sentiasa ada kesan pada bayi yang menyusu susu ibu yang minum susu atau bayi yang menyusu susu formula. Orang Afrika, Cina dan mereka yang tidak mempunyai budaya minum susu akan menghadapi masalah alahan pada susu berbeza dengan orang eropah atau Caucasian yang biasa dengan susu kerana budaya mereka banyak bergantung kepada tenusu. Begitu juga berkaitan kacang, orang Asia dan Afrika tiada masalah alahan pada kacang berbanding orang eropah. Jadi untuk mereka yang menghadapi masalah alahan pada susu atau tenusu ini perlu mengurangkan pengambilan susu atau tenusu. Ramai ibu yang mengalami masalah anak kembung, mendapati keadaan bayi semakin baik bila tidak ambil susu. Ada pendapat mengatakan susu mengandungi kalsium dan mengelak osteoporosis. Namun terdapat kajian di Mediterranean yang kurang ambil tenusu dan mereka tiada menunjukan symptom kurang kalsium. Ada juga kajian menunjukkan kaitan ambil tenusu menyebabkan osteoporosis. Ada mengatakan susu rendah lemak bagus, namun sebenarnya diet yang mengandungi protein yng tinggi yang menyebabkan kekurangan kalsium. Yang lebih teruk, kandungan susu yang tinggi kalsium dan kurang mineral lain menyebabkan masalah metabolisme mineral yang tidak seimbang. Tanda alahan pada ibu mungkin alami sakit perut, kejang, angin, kembung, cirit birit atau sembelit, masalah pernafasan seperti sinusitis, berhingus, asma, bersin, jangkitan telinga. Jika anda rasa ada alahan, kurangkan pengambilannya ketika hamil dan ketika penyusuan susu ibu. Apa yang penting, ibu yang elak ambil susu, perlu mendapatkan sumber kalsium dari sumber pemakanan lain. Walaupun ada masalah, susu adalah pilhan yang baik untuk mereka yang tiada masalah alahan.
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 03:38:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015