[Allah menguji,kita redha] Banyak ujian yg Allah bagi kat aku dan - TopicsExpress



          

[Allah menguji,kita redha] Banyak ujian yg Allah bagi kat aku dan juga sahabat aku Izzat Mustaqim hari ini. Dari pagi hingga malam. Allah . Allah. Allah *penceritaan bermula* Hari ni pergi ke Tanta bersama kawan2 Ain Sham , pergi ziarah Shah Fuad Yusoff yg buat aqiqah untuk anaknya Rayyan Iskandar. Terima kasih Shah. Balik ke Kaherah sekitar jam 4 petang dan sampai di Ramsis jam 7.40 malam. Sungguh lama perjalanan kami . Memandangkan hari ni hari jumaat. maka curfew berkuatkuasa bermula jam 7 malam-5 pagi. *Maka di sinilah episod ujian getir bermula* Kami terpaksa berjalan kaki dari Ramsis ke Abbasiyah . Sampai di Abbasiyah. kami menunaikan kewajipan iaitu solat jamak. *Saat getir kedua bermula* apabila aku,izzat dan Afiq Sannie membuat keputusan ingin pulang ke sabi . Kami terpaksa berjalan lagi dari rumah Muhammad Faiz Mujahid ke sabi akibat ketiadaan kereta. namun di tengah jalan kami ditahan oleh askar yg bertugas betul2 di depan Masjid Nur. Aku mengeluarkan passport aku dan izzat. Sedikit kekalutan berlaku apabila Afiq yg turut bersama aku tidak mempunyai passport. namun dia hanya mempunyai kerneh sahaja. Lalu aku menyuruh afiq meninggalkan aku dan izzat . Ketiadaan afiq pada mulanya tidak disedari oleh askar . namun akhirnya dia mula bertanya kepada kami. di mana Afiq ? Lalu berlakulah sedikit kelam kabut(tak kelam kabut sgt pon) . then mereka berkata YOU ARE UNDER ARREST. Sebab under arrest adalah kerana Afiq meninggalkan askar tersebut tanpa memaklumkan . Itu kesalahan besar kata mereka . Cisss!!! Mereka menyuruh aku menelefon Afiq. Namun, aku buat sedikit helah alasan yg tak lojik di fikiran manusia berakal apabila aku memberitahu askar tersebut aku tidak mempunyai no si Afiq. Akhirnya setelah bernegotiation ,mereka melepaskan aku dan izzat.Hanya kami berdua kami berjalan lagi. Akhirnya sebuah teksi berhenti dan kami meminta untuk menghantar kami ke sabi. dengan syarat 20 genih pada mulanya. Namun si celaka pemandu teksi tersebut mengatakan 20 genih seorang semasa dalam perjalanan. Jadi jumlah 40 genih. aku semasa di dalam teksi tersebut terus mencarut. time tu semua keluar. babi laa. siall laa. semua ada. dah tension sangat dah time tu kan. Nak ditambah tensionnya , dia mengaku dia IM. dia bertanya samada aku IM atau tidak ? aku menjawab tidak dua2. Aku yakin dia bukan IM dek kerana sikapnya yg bodoh seperti UMNO itu. Dia hanya nak burukkan IM saje. Alahai si pemandu teksi yg bengap ni. kan makan terajang abang mar kan. Maka tamatlah cerita ujian aku dan kawan2ku hari ini. Aku yakin ini adalah ujian Allah kepadaku. Mungkin kifarah dosa aku kot. Husnuzzonlah :). Sekian melaporkan . ~dan kepada isteriku , jangan duk buat cerita nak tambah yg saya kena tangkap ke ape bagai. saya selamat lagi.saya duk ada kat rumah je ni. Lepas ni kalau mak tefon saya , membebel dekat saya. siap awak ! haha. OK Baiii
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 20:33:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015