Ambil Segera Tindakan Ke Atas Dua Individu Hina Islam - Khairy - TopicsExpress



          

Ambil Segera Tindakan Ke Atas Dua Individu Hina Islam - Khairy Jamaluddin Pergerakan Pemuda UMNO mendesak tindakan tegas dikenakan secepat mungkin ke atas dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mengguris perasaan umat Islam biarpun mereka sudah meminta maaf. Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata jika tindakan tidak diambil ke atas kedua-duanya, selepas ini sesiapa sahaja boleh bercakap apa sahaja dan meminta maaf sebagai jalan penyelesaian. "Saya ingin lihat tindakan diambil ke atas mereka dan ini bukan masanya untuk ambil keterangan. Hendak tunggu apa lagi? "Sesiapa yang mengguris sensitiviti agama bukan sahaja agama Islam bahkan agama lain perlu dikenakan tindakan," katanya selepas sidang media mengenai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2013 di Menara Datuk Onn di sini hari ini. Minggu lalu, Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik gambar ucapan Selamat Berbuka Puasa dengan makanan tidak halal, Bak Kut Teh (sup tulang babi) di Facebook Jumaat lalu. Tindakan mereka menimbulkan kemarahan dan diselar pelbagai pihak sehingga menyebabkan kedua-duanya dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) di Putrajaya hari ini.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 10:47:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015