Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi - TopicsExpress



          

Anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Jamal Abdul Hadi berucap di Masjid Al-Azhar hari ini dalam muktamar ulamak Al-Azhar menolak rampasan kuasa berkata, rakyat Mesir umumnya dan warga Mesir dari kumpulan Islam khasnya hari ini hidup dalam situasi "politik samseng". Kumpulan Islam menurut beliau, menyertai demokrasi yang kemudian menyaksikan kehendak mereka dirampas. "Mereka bertindak atas nama demokrasi kononnya tetapi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, membatalkan perlembagaan yang disahkan oleh rakyat dan menyingkirkan Presiden yang dipilih oleh rakyat." Tegas beliau yang juga Pensyarah Sejarah Islam Universiti Al-Azhar, pendirian ulamak pada bila-bila masa juga ialah berhadapan dengan toghut dan kezaliman. "Dan mereka (ulamak) yang cuba bersembunyi pada waktu ini merupakan pengkhianat."
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 15:28:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015