Apa Yang Perlu Dijangka Bila Hantar Anak ke Taska by MOMMY - TopicsExpress



          

Apa Yang Perlu Dijangka Bila Hantar Anak ke Taska by MOMMY LYNA Nuffnang Ads Saya akan kembali bekerja, bermakna Danny akan dijaga oleh pengasuh di taska. Danny adalah satu-satunya anak saya (setakat ini) yang dapat menikmati susu ibu sebaik saja dilahirkan, dan juga dijaga oleh saya dalam masa yang paling singkat. Selepas melahirkan Hafiy, saya bercuti selama 4 bulan; manakala Fahry pula 10 bulan, dan Danny cuma 2 bulan cuti bersalin yang diperuntukkan sahaja. Saya akui memang agak cuak nak meninggakan bayi sekecil Danny kepada orang lain. Walau bagaimanapun saya memang lega kerana taska tersebut sudah menjaga anak-anak saya selama setahun setengah, jadi saya dah ada keyakinan terhadap mereka. Bila hantar anak ke taska ni, saya dengar banyak complaint dari ibu-ibu lain (bukan taska anak saya ni, tapi taska secara amnya). Tapi, bagi saya benda itu semua expected lah. Mungkin ada ibu yang terlalu high expectation. Fahamilah kan, sedangkan ibu sendiri pun jaga kadang-kadang ada terlalai terleka, inikan pula di bawah jagaan orang lain yang kena jugak jaga lagi 3-4 orang budak lain. Cuma, janganlah sampai kes serius yang boleh menggugat keselamatan anak kita.. itu memang tak boleh kompromi lagi. Kalau kes2 kecil, mungkin kita boleh pejam mata, atau maafkan mereka dengan hati terbuka. Tertukar baju anak Anak-anak saya selalu bawa balik baju orang lain, spender orang lain pun ada kadang-kadang. Apa yang saya buat adalah basuh baju itu, lipat elok-elok dan pulangkan kepada taska. Mungkin pihak sebelah sana (ibu kepada anak yang tertukar tadi tu) tak buat benda yang sama (tak pulangkan). Mungkin dia lupa atau mungkin dia tak sedar pun ada baju yang tertukar. Kalau saya halalkan ajelah. Baju je pun, kalau emas seketul mahu jugak saya bising, HeHe. Langkah mengatasi : Pegi taska bawak baju murah-murah, baju biasa-biasa sudah. Biorlah orang nak ngate “Murahnya baju anak-anak dia..”, ada aku kesah? Barang hilang Kadang-kadang ada benda yang kita bawa dalam beg anak, tiba2 hilang tanpa dapat dikesan. Hmm.. barang-barang kat rumah kita yang kita jaga kadang-kadang hilang juga, apa nak hairan? Langkah mengatasi : Usah bawa barang pelik-pelik pegi taska. Bawa yang cikgu suruh aje. Tidur beramai-ramai Kalau yang jaganya sorang, yang budaknya 5-6 orang, expect lah kalau tidur ramai-ramai. Lainlah kalau kita bayar seribu dua pada taska, mungkin seorang pengasuh boleh jaga seorang anak dan tidur secara eksklusif. Langkah mengatasi : Bawa tilam sendiri, bantal sendiri, selimut sendiri; beritahu pengasuh anak kita hanya tidur atas tilamnya saja. Makan beramai-ramai Di taska biasanya pengasuh menyuap anak-anak asuhannya dengan menggunakan alat yang sama – kongsi pinggan dan sudu. Kalau saya di rumah pun, suap makan anak-anak dalam satu masa saja, memang tak ada lah nak suap sorang sampai siap, lepas tu lagi sorang, lepas tu lagi sorang… ini pula di taska yang ada 4-5 orang nak disuap. Sampai bila nak habis, kan. Taska pun ada aktiviti lain juga nak dibuat. Langkah mengatasi : Periksa betul2 taska sebelum hantar anak. Pastikan mereka benar2 mengamalkan kebersihan, dan ibubapa yang hantar anak ke sana juga mengamalkan kebersihan. Tapi, ada perkara yang tak boleh nak kompromi, atau buat pejam mata je. Walaupun taska jaga ramai budak, tapi ada perkara yang tak boleh dimaafkan bila berlaku kecuaian. Misalnya: Menggunakan buai Taska yang berdaftar tidak dibenarkan menggunakan buai. Saya bersikap terbuka dan memaafkan kalau pengasuh (babysitter di rumah) yang menggunakan buai. Maklumlah, dia pun ada kerja di rumah yang nak dibuat, kalaulah anak kita asik memekak aje, bila pulak dia nak buat kerja dia. Lainlah kalau kita bayar dia seribu dua, ada la sebab dia nak hadap anak kita 10 jam. Tapi kalau taska, saya memang tak maaf. Kenapa? Sebab penggunaan buai tu sendiri dah langgar peraturan JKM. Langkah mengatasi : Pastikan taska yang dihantar berdaftar dengan JKM dan periksa benar2 tiada buai. Tertukar botol susu Tertukar botol susu yang dah dibasuh, mungkin boleh dimaafkan. Mungkin tersilap masuk, tapi kalau asyik tertukar botol susu, apa kes? Lagi-lagi kalau baby tu menyusu dengan susu ibunya (yang diperah). Silap-silap boleh ada saudara susuan tanpa sedar. Bab-bab benda masuk dalam perut ni mana boleh kompromi. Langkah mengatasi : Tukar taska? Bayi lebam-lebam atau cedera Kalau diberitahu, tak salah. Mungkin anak kita yang terlalu di luar kawalan hingga terlanggar sana-sini sampai lebam atau luka. Tapi kalau tak diberitahu, atau pihak taska TAK TAHU PUN, itu kena pandang serius. Macamana mereka jaga kalau anak kita lebam2 mereka tak tahu pun? Itu memang tak mustahil kalau apa2 jadi pada anak (naudzubillah), sampsi ke sudah pihak taska “tak tahu”. Langkah mengatasi : Tukar taska je. Lampin tak berganti, perut tak berisi Kita hantar anak ke taska supaya dia dijaga dengan elok. Kalau tak berjaga, baik tinggal je kat rumah, biar je duk sorang-sorang tunggu kita balik. Langkah mengatasi : Tukar taska je. Bagi saya, kalau ada masalah dengan taska, tak perlu buang masa nak hantar surat complaint bagai. Boleh tu boleh, tapi tukar taska dulu. Kebajikan anak kita lebih penting. Saya pun pernah tukar taska, bukan sebab mereka tak jaga anak saya elok-elok, memang sangat bagus, setiap kali ambil anak mesti wangi berbedak, badan segar je. Tapi anak saya asyik nangis aje dan jadi manja terlebih sejak masuk taska situ. Saya ni bukan ada masa nak investigate, so saya cari taska lain. Alhamdulillah, walaupun adakalanya pagi2 kita hantar tu kena berdrama 2-3 episod, malam2 dah OK, takde buat drama swasta lagi. On top of everything, pemilihan taska memang kena betul2 strict (even babysitter atau apa-apa saja yang kita nak tinggalkan anak). Ini kerana tempat itu adalah rumah kedua mereka. Carilah tempat yang mana anak kita enjoy dan happy kat sana. Dahlah seharian kena tinggal dengan ibu dan ayah, duduk pulak kat tempat yang tak best.. kesian anak-anak. Klik kat sini untuk panduan memilih taska yang best untuk anak-anak. Korang macamana? Apa yang korang boleh tolerate atau tak boleh dengan taksa/pengasuh?
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 00:12:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015