Apa yang saya lihat, bagi prk kali ini mahasiswa/i sebenarnya jika - TopicsExpress



          

Apa yang saya lihat, bagi prk kali ini mahasiswa/i sebenarnya jika kita pergi secara terus dan bertanya kepada mereka ramai yang berminat dan mempunyai semangat ingin tahu akan perkembangan yang berlaku dalam prk kali ini , namun mereka masih lagi tertanya-tanya dan kurang jelas dimanakah calon-calon dan bakal-bakal pemimpin mereka, di sini saya tidak ingin mempersoalkan dari mana-mana parti, tetapi dari segi individu itu sendiri calon-calon sepatutnya lebih aktif menonjolkan diri akan manifesto dan perjuangan , walaupun mereka terikat dengan parti dan proses politik universiti mereka perlu bijak untuk seimbangkan hal tersebut supaya lebih jelas akan niat mereka untuk diketahui oleh bakal-bakal pengundi mereka, dan saingan prk empat penjuru kali ini, boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan dan apa sahaja boleh berlaku, jika parti-parti yang bertanding benar-benar serius dan istiqomah dengan perjuangan mereka. Apa yang boleh saya simpulkan, mahasiswa/i UUM sekarang adalah lebih matang dan bijak untuk memilih pemimpin mereka dan calon-calon yang bertanding perlu mempunyai prinsip perjuangan yang tepat dan jelas seiring dengan keperluan dan kehendak semasa, harapan saya agar sistem pengundian kali ini adalah benar-benar telus tanpa ada sebarang unsur-unsur yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak dan saya doakan agar segalanya berjalan lancar , aman, dan mendatangkan kebaikan kepada semua, kerana disitulah terletak kepentingan politik dan berpolitik dan saya suka memetik pandangan sarjana dan ulama terkemuka Islam Abdul Hamid Muhammad al-Ghazali (Imam Ghazali), mengatakan politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka ke arah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. NURZAKI FADHLI BIN RIDZUAN PRESIDEN PERSATUAN SAINS POLITIK UUM .
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 10:58:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015