As Salam. Apa pendapat saudara tentang perkara ini: Saya telah - TopicsExpress



          

As Salam. Apa pendapat saudara tentang perkara ini: Saya telah menukar sim card handphone saya pada 11.30 pagi hari Jumaat 20/9/2013 di pejabat Celcom Sg. Chua, Kajang. Pegawai bertugas kata tuan Haji on kan phone ni lepas 10 minit. Sebab hari Jumaat, saya on kan lepas solat Jumaat. Saya dapati tak ada connection. Saya call Celcom Careline, dia kata sim card tu tidak diaktifkan. Tuan Haji kena pergi semula ke pejabat tempat tukar untuk aktifkan. Kalau tidak tak ada line. Saya berkejar ke Sg. Chua semula berjumpa dengan pegawai lain pulak. Dia kata phone akan aktif selepas 24 jam. Wah, susah ni kalau jemaah nak call saya untuk buat tempahan umrah dan urusan berkaitan. Pada jam 4 ptg. 21/9/2013, saya call Celcom Careline lagi. Kali ini dia kata nama Tuan Haji tak di register pun dalam sistem. Sehingga waktu ini, jam 10.30 malam 21/9/2013...masih tak ada line. Apa yang boleh saya buat sekarang dan apakah hak saya ke atas Celcom? Ada yang boleh bagi pendapat? Mohon comments....
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 14:45:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015