AssalaamuAlaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, Salam Maal Hijrah - TopicsExpress



          

AssalaamuAlaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, Salam Maal Hijrah 1435 buat sekalian sahabat. Semoga segala amalan kebaikan berlipat ganda mujahadahnya, dan segala tabiat yang membawa kepada keburukan semakin jauh dan terus ditinggalkan. Sempena meraikan Hijrah baharu ini, ayuh juga kita berhijrah ke arah kehidupan lebih sihat menurut kaedah anjuran Sunnah dan Alamiah. Sejak kebelakangan ini, sang faqir menerima banyak panggilan yang mengadu tentang masalah angin ahmar mahupun stroke, ada yang dapat dilayan, ada juga yang tidak terlayan dek kerana kekangan masa. Sang faqir ingin kongsikan beberapa kaedah dalam menangani dan merawat masalah Stroke atau Angin Ahmar. Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari faktor : 1) Asal Usul /Punca 2) Simptom / Tanda 3) Kaedah Rawatan Untuk menghurai hal ini, ianya memerlukan penerangan yang panjang dan teliti, oleh itu, kepada yang berminat, jika berkelapangan boleh menghadiri sesi sang faqir membebel tentang hal Stroke dan Angin Ahmar menurut Perubatan Islam. Cuma di sini, sang faqir kongsikan beberapa cara untuk mengelak, langkah pertama (First Aid) dan kaedah rawatan secara ringkas. Kaedah Mengelak Stroke dan Angin Ahmar 1) Pastikan Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic) sentiasa stabil. (120/80) 2) Pastikan tahap Kolestrol sentiasa rendah terutamanya LDL dan Trigliserida. 3) Amalkan Meminum Cuka epal/kurma/madu 3sudu + Air putih 150-200ml setiap malam sebelum tidur. 4) Amalkan menyapu Minyak zaitun ke tubuh, sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin (Bertujuan memberi haba pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada sumbatan darah sehingga menyebabkan Stroke) 5) Amalkan mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan sarapan. 6) Kurangkan pengambilan kafein terutamanya n*s***e. 7) Amalkan Habbatussawda’ (biji atau pati), setiap pagi sebelum sarapan. 8) Lazimkan diri dengan Riadah Memanah (Khusus untuk Otak dan Jantung), Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus untuk sistem kardiovaskular). 9) Amalkan mandi sonsang (Siraman kaki ke kepala perlahan-lahan) setiap kali mandi pagi, dengan air sejuk, BUKAN air panas. 10) Elakkan pengambilan herba atau pemakanan tambahan dengan ambilan dos yang tidak terkawal. Perkara ini akan merosakkan hati (liver) jika ianya berlarutan. Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan Stroke dan Angin Ahmr iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan mereka yang berumur ‘sweet 40s’. InsyaALLAH, ada kelapangan, akan dikongsikan kaedah rawatan ringkas untuk pesakit masalah Stroke atau Angin Ahmar.
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 20:04:44 +0000

Trending Topics



lass="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> youtu.be/3jonB38InS8?list=UU0VVYvQj9QRsV62imIQqktQ BISMILLAHI

Recently Viewed Topics




© 2015