Assalamualaikum WBT, selamat pagi semua Apa khabar pembaca - TopicsExpress



          

Assalamualaikum WBT, selamat pagi semua Apa khabar pembaca sekalian? Entri ini ialah rentetan dari Kapal Terbang Kertas dari Abi- Bahagian I. Masih bercerita mengenai kapal terbang, teringat saya kegigihan Abi mencuba itu dan ini dalam menambahbaikkan keadaan keluarga. Usaha beliau dimulakan sejak awal perkahwinan kami lagi di mana sewaktu itu kami belum mempunyai cahaya mata. Beliau juga minat berniaga dan lebih rajin dari saya. Mula-mula beliau cuba menternak ayam kampung, namun memelihara haiwan ternakan agak sukar dengan jadual kerja yang sering bertukar. Lantas beliau buat keputusan menjual seluar jeans tiruan tetapi saya yang kebimbangan; manakan tidaknya, berulang-alik keluar masuk ke Siam bertemankan bapa saudara yang berasal dari sana dan kadangkala bersendirian. Beliau beralih angin lagi, mencuba membuka gerai Nasi Ayam Budu tetapi terhenti begitu sahaja kerana pelanggan juga pening sekejap ada sekejap tidak ada. sitinurulhusnahashim.blogspot/2013/11/kapal-terbang-kertas-dari-abi-bahagian.html -------------------------------------
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 21:49:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015