Assalamualaikum semua. Nak berkongsi sikit ni...Lai...lai Semalam, - TopicsExpress



          

Assalamualaikum semua. Nak berkongsi sikit ni...Lai...lai Semalam, kebetulannya kelas pada hari Jumaat. Saya bertanya pelajar-pelajar saya, "Berapa ramai yang tahu isu Mesir dan Syria dan berapa pula yang mendoakan mereka?" Semuanya hanya tertunduk senyap dan dengan ikhlasnya mengakui mereka tidak tahu apa-apa kecuali perang di sana sahaja. . Saya pun terangkan kepada mereka secara santai tentang situasi di sana dan bandingkan dengan hidup kita di Malaysia. Di pertengahan cerita, pelbagai soalan dilontarkan. Dari soalan-soalan tersebut, dapat dilihat sedikit demi sedikit timbul kesedaran di kalangan mereka. Pesanan saya di akhir kelas disambut baik untuk berdoa buat saudara kita di sana setiap kali selepas solat. . Ringkasnya, buat para pendidik, bidang agama ataupun tidak, sebaiknya kita kongsikan isu semasa seperti ini supaya teralih minat para remaja sekarang dari perkara-perkara yang melalaikan kepada isu realiti seperti ini. Kupas sedikit pun cukup, hanya untuk timbulkan minat, setelah itu mereka pasti mencari sendiri. Tujuannya adalah membuka mata dan minda mereka untuk melihat sekeliling supaya tidak hidup HANYA untuk diri sendiri semata-mata dan mendekatkan mereka kepada persaudaraan dan kemanusiaan. . Jom berdoa buat Mesir, Syria dan Pelstin dan saudara seIslam kita di sana. Mungkin ada doa dikalangan kita yang akan dimakbulkan Allah buat membantu mereka. JOM BERDOA, jangan bertangguh lagi. # Apa pula pandangan anda? Jom kongsi!
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 03:09:28 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015