Assalamualaikum wbt. Bismillah walhamdulillah. Syukur pada Allah - TopicsExpress



          

Assalamualaikum wbt. Bismillah walhamdulillah. Syukur pada Allah swt, masih lagi memberikan kita nikmat hidup, nikmat lapangnyaa masa untuk kita kembali pada fitrah, bertaubat kembali padaNya. Sungguh, kita ini hanya hina di mata sang pencipta, diciptakan dari air mani yang kotor, dan dalam tempoh 9 bulan dijadikan manusia yang diutus oleh Allah swt untuk memakmurkan bumi Allah swt. hebatkan Allah? ;) Kawan kawan, maaf malam ini status saya panjang sedikit. Mohon kalian membazirkan sedikit waktu untuk saya perjelaskan apa yang saya alami sepanjang tempoh ujian yang telah saya tempuhi. Sungguh, tujuan saya bukannya apa, hanyalah untuk menjernihkan keadaan kembali. Ujian yang datang ini bukanlah saya pinta, sedikit pun saya tidak rela, tetapi sayangnya saya pada pencipta menyebabkan saya rela dan redha untuk tempuh. Tahun pertama di fakulti pergigian UKM. Jiwa saya kosong, saya sangat sangat jauh. Mujur ada sahabat yang tarik kembali pada jalanNya. Dan saat ingin kembali, Allah datangkan ujian pada saya. Ibu bapa saya kemalangan. Ummi saya patah tangan dan patah tulang rahang. Sabtu dapat berita, dan saya terus bergeas pulang. Apa yang ada dihadapan sudah tidak saya hirau walhal hari isnin adalah ujian ORAL BIOLOGY. Mujur Dr safar memahami. Tahun kedua, diuji dengan terkoyaknya ligamen kaki. Hampir hampir tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan professional akhir tahun kerana kekurangan peratusan dek ketidakhadiran ke kelas. Mujur, koordinator memahami. Tahun ketiga. Bermula keperitan. Sakit kepala atau migrane yang tidak dapat digambarkan kesakitannya. Dan ia menyerang secara kerap berterusan hingga tahun ke empat. Ujian paling gentir kali ini, ketika study week saya hilang seorang yang saya sudah target untuk dijadikan isteri dan kami hampir bertunang pun, i didnt study at all due to that tragedy. But Alhamdulillah, Allah lepaskan saya untuk pergi ke tahun 4 pengajian. Tahun keempat, saya bakal menangguhkan pengajian selama setahun. Dan akan dibincangkan dalam senat sama ada saya dibenarkan untuk tangguh, atau saya akan dianggap gagal dalam tahun 4. Dan biarlah saya bersikap jujur kepada kawan kawan sekalian :) saya percaya akan kewujudan jin dan syaitan, dan mereka telah berjanji akan menyesatkan anak adam ini semampu mereka. ramai yang bertanyakan zaki, sakit apa? dan saya akan menjawab aku ada depression boh. sebenarnya ia lebih dari itu. bagi sesiapa yang percaya, saya telah diganggu atau telah disihir oleh manusia yang mungkin tidak sedar akan kesilapannya. perkara ini telah disahkan oleh pengamal perubatan di darus syifa bota. thnks kepada saudari Hanani Damanhuri, kerana telah membantu saya menunjukkan arah ke tempat tersebut. apa yang anda akan rasa, bila mana ada suara berbisik dalam telinga dan hati anda, menyuruh anda untuk membunuh diri, kerana anda selalu sahaja sakit, apatah lagi menerima berita yang mana anda akan ditangguhkan pengajian? stress kan? putaran hidup saya hancur, tidur entah ke mana. hampir setiap malam kesakitan menyebabkan anda tidak boleh tidur, pain behind your eyes, terasa seperti ada benda bergerak di dalam dan belakang mata, benda bergerak di bawah kulit, hampir setiap hari nampak kelibat yang anda tidak mahu nampak pun. kesakitan akan bermula sebaik sahaja maghrib dan surut ketika waktu hampir subuh. hilang waktu tidur. dan saya terpaksa ganti waktu tidur pada sebelah pagi. how to get to classes? how to interact with people and etc. kadangkala, im just pretending to look good in front of people, but in reality, my system is down. my life cycle is totally collapsed. tapi, apa yang membuakan saya bertahan selama ini, adalah janji Allah dalam surah al-baqarah ayat yang terakhir. kawan kawan boleh sama sama rujuk. Kawan kawan yang saya sayangi sekalian, saya mohon maaf atas kecelaruan yang saya timbulkan. mohon maaf. perubatan moden juga saya sudah ikhtiarkan, dan hasilnya saya dipercayai menghidap kemurungan yang saya rasa mungkin benar dan mungkin salah. jika kawan kawan tidak percaya, boleh rujuk dr. esther g. ebenezer. psychiatrist and psychogeriatrician, ipoh specialist hospital di talian 05-2408777. mungkin ada yang tertanya tanya, zaki tuh macam sehat jaa, siap boleh bersukan lagi tu haa. sebenarnya kawan kawan, itu adalah saranan yang diberi kepada saya oleh doktor untuk bersukan, walhal saya tidak cergas pun untuk bermain. semuanya adalah salah satu proses penyembuhan supaya saya mendapat kembali point of interest dalam hidup. semuanya adalah proses penyembuhan. kawan kawan, maaf sekali lagi yaa atas kecelaruan, sungguh saya tidak berniat langsung. pada Razwan Ruslan dan Nurhani Izazie, maaf andai ketiadaan saya dalam densta merencatkan perjalanan organisasi. sungguh saya tidak berniat untuk menyusahkan kamu semua, dan saya akan tarik diri sekiranya saya tidak mampu untuk teruskan. ;) pada Daud Al-Firdaus, sungguh, ketiadaan saya merencatkan perjalanan organisasi BADAR itu sendiri, saya mohon maaf. dan saya akan cuba untuk membantu apa yang terdaya. sekali lagi saya mohon maaf pada seluruh organisasi. ;) to my clinical partner, Lim Suk Yik, actually, this is the real thing that is happening to me. saya mohon maaf pada kamu kerana ketiadaan saya merencatkan perjalanan kamu. mesti kamu penat kan? saya mohon maaf suk yik. tapi saya yakin kamu kuat kan? ;) kepada BuZa Ar-Rakhi Hanya Faiz Azuan Zain Athirah Zanal Hamizah Ghazali Mohd Zaidi Kamarul Hatem Azmeer Sadali Nur Syazni HasniSiti Aishah Khalil Farid JasminCik AbdullahAbdul Rahman Salimin Amirah Abd Ghanidan nama yang tidak saya sebutkan, terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia, dan terima kasih atas nasihat yang diberi. sungguh, moga Allah janjikan syurga buat kalian semua ;) pada Daus Maz, janganlah segan segan datang bilik saya lagi. rindu juga nak bergurau senda dengan kamu. begitu juga dengan Akmal Nor ;) terima kasih juga pada Kamil Ghazi, banyak membantu saya, memberikan sabun mandi pada saya, saat saya kehabisan barang keperluan harian. insyaAllah, saya akan ganti semula mana yang termampu. :) thnks pada en tasim, puan mislah, Din Udin Haf Fiz Uzzie Ziella Shida Tasim Nas Tasim Ah Soon, tanpa kalian di sisi, mungkin saya akan rebah sepanjang perjalanan :) buat akh Aku Fysal, saya pun rindu kamu juga. seperti rindu kamu pada saya. senang senang datanglah bilik yaa. boleh gelak sama sama ;) buat dr badiah dan dr fauzi muharriri, terima kasih kerana menjadi doktor yang memahami keadaan pelajarmu. sungguh, hiba rasa hati melihat diri dihargai. tak boleh nak tag sebab takdak fb doktor :) dan pesan saya pada kalian semua, sungguh selemah lemah perkara dalam hubungan persahabatan adalah berlapang dada. saya berharap anda semua berlapang dada dan bersangkaa baik lah dengan saya. sungguh, saya manusia hina, dan Allah sudah pun membuka aib saya. saya tidak malu, malah saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. dari Allah penyakit ini datang, dan dari Allah jua ada penyembuhnya. insyaAllah, jika Allah izinkan, saya akan berjumpa lagi sahabat sahabat saya pada tahun akan datang. dan jika tiada rezeki pun, kita masih lagi sahabat kan? :) tidak sedar air mata ini menitis tatkala menulis. kawan kawan, doakan saya yaa. dan mohon kemaafan yang tulus dari hati saya pada anda semua. jom jadi sahabat yang baik insyaAllah ;) Allahumma ameen ;) 9.05 pm changkat lada
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 13:05:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015