Assalamualaikum wbt Dari ABS Memilih model - TopicsExpress



          

Assalamualaikum wbt Dari ABS Memilih model bisnes.... Katakanlah, kita mempunyai bisnes kedai salun rambut yang laku, kita banyak pelanggan, dan hasil keuntungannya sudah banyak, lalu kita pun mahu mengembangkan bisnes salun kita. Pada masa ini kita mempunyai beberapa pilihan mengembangkan bisnes: Model 1. Kita membuka cawangan baru dan 100% kita uruskan sendiri cawangan itu. Model 2. Kita membuka bisnes baru dengan cara francaisor-francaisee. Model 3. Model ini adalah model partnership. Kita membuka syarikat baru dengan rakan-kongsi baru. Syarikat baru kita itu yang membuka cawangan baru salun kita. Banyak syarikat multinasional menggunakan Model No. 3 apabila mereka mahu memasuki pasaran-pasaran baru di negara-negara asing. Sebagai contoh, apabila pengeluar Coca-Cola mahu memasuki pasaran Malaysia, mereka mencari rakan-kongsi tempatan. Mereka pun menubuhkan anak syarikat baru di Malaysia. Anak syarikat itu kemudian membuka kilang pengeluaran Coca-Cola di negara kita. ^_^ Mind Q Design & Printing
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 10:22:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015