Astaghfirullah. Saya mengulang-ngulang kalimah itu disepanjang - TopicsExpress



          

Astaghfirullah. Saya mengulang-ngulang kalimah itu disepanjang jalan menuju Apple Centre pagi tadi. Mungkin sebab banyaknya dosa, ujian untuk menyiapkan 2 report terakhir bagi semester ini bagaikan tiada putusnya. Demam. Sihat sekejap, Macbook pula crash. Kerja yang tak sempat diback up dalam mana-mana medium. Deadline Jumaat ini. Diam. Hati bermonolog sendiri. Jiwa gusar tiada henti. Di mana nak ku bawa keresahan ini. Jangan lari dari masalah. Kau kan lelaki? Turun dari bas, kusut menambah-nambah. Bagaimana kalau memang tak boleh recover semua data tu? Nak cakap apa kat Supervisor? Soalan itu menghimpit dan menambah remuk dada. Lahaulawala Quwwata illa billah. Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah, mulut saya terkumat-kamit membacanya. Kalau manusia tak boleh, Allah pasti boleh. Can you please open you Macbook and put it here? I will take a look at it. kata palayan di Apple Store. Picu butang on ditekan. Skrin berubah menjadi putih. Kemudia lambang Apple keluar. Eh! saya terkejut. Before this, it was question mark that came out. Dia mereset macbook saya sekali lagi. Memilih recovery sebelum menekan butang repair disk. Lets restart and look what will happen, kata beliau. Tertera di name tag pemuda itu Muhamad Usman. Saya juga terpandang kelibat seorang wanita memakai tudung yang turut bertugas di dalam premis kedai itu. Screen bercahaya. Macbook kembali normal. Selesai saya memasukkan password, screen pulih seperti sedia kala. Do your back up as soon as possible, arah Usman. Kebetulan saya memang membawa hard disk 500GB. Tanpa lengah, terus melakukan duplikasi data. Prioriti : Vibration Lab dan Interim Report. Gambar adalah yang terakhir cuba diselamatkan. Namun gagal. Macbook kembali seperti cacat semula. Gambar ialah perkara besar buat saya. Ia bakal menjadi rujukan travelog saya suatu hari nanti. Terutamanya kenangan di Negara Turki Uthmaniyyah dan Spain Bani Umayyah. Mesir negara Anbiya apatah lagi. Lahaulawala Quwwata illa billah! Macbook saya masih tenat di sisi. Hilang satu bahtera perjuangan. Menanti Selasa depan untuk masuk ke unit IC.
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 19:33:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015