Azmin Ali "Saya mengambil pendirian untuk membersihkan nama - TopicsExpress



          

Azmin Ali "Saya mengambil pendirian untuk membersihkan nama keluarga saya.Saya melakukan ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur pada bulan Julai 1998. Saya bawa isteri saya,saya bawa anak saya,diri saya sendiri.Anak saya umur tiga tahun diambil darah dengan begitu banyak semata-mata untuk membuat ujian DNA. Tuan-tuan dan puan-puan, Alhamdulillah.Ujian DNA itu membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah biological parent of the child. Maknanya ibu bapa yang sah kepada anak itu.Ada Umno minta maaf?Tidak.Ada Umno minta maaf kepada saya dan isteri dan anak saya?Tidak.Sampai malam ini mereka masih melancarkan fitnah.Pada masa itu pun saya tidak percaya pada sistem di Malaysia kerana polis diperalatkan.Doktor boleh diperalatkan.Saya bawa isteri dan anak saya membuat satu lagi ujian DNA di luar negara.Kerana saya bimbang puak-puak ini boleh memanipulasikan darah-darah yang kita serahkan untuk kepentingan fitnah mereka. Alhamdulillah.Ujian yang kedua jugak membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah ibu bapa yang sah kepada anak tersebut.Ada Umno mintak maaf kepada saya?Tak ada.Bukan setakat itu tuan-tuan.Tidak cukup dua ujian DNA,saya bawak kes ini ke mahkamah.Saya saman penulis buku 50 Dalil yang bernama Khalid Jafri kerana memfitnah saya dan isteri saya dan anak saya.Lima tahun perbicaraan.Anak saya ketika itu umurnya empat tahun.Diheret ke dalam mahkamah.Dipaksa oleh Musa Hassan.Masuk ke dalam kandang saksi,dalam keadaan dia tidak tahu apa yang berlaku.Tujuan Musa Hassan adalah untuk mengaibkan saya dan keluarga,melemahkan saya supaya tunduk kepada mereka. Lima tahun saya lawan dalam mahkamah.Dari tahun 2000 hingga 2005 di Mahkamah Majistret Ampang. Akhirnya,alhamdulillah.Mahkamah memutuskan bahawa penulis Khalid Jafri bersalah melemparkan yang kejam dan keji terhadap saya dan isteri,maka menjatuhkan hukuman setahun penjara kepada Khalid Jafri. Belum sempat dia masuk penjara, dia mati terlebih dahulu. Mampus. Ini faktanya."
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 18:23:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015