BANTUAN DIPERLUKAN. Ada keluhan daripada insan seni di daerah - TopicsExpress



          

BANTUAN DIPERLUKAN. Ada keluhan daripada insan seni di daerah Muar JOHOR ni, mengikut keluhan ni memang rasanya tak patut di kekang jika Pak Long Yus ni nak melukis di kawasan Dataran Tanjung Emas tu, seperti yang semua dah almaklum, negeri kita ni aktiviti kesenian kita yang official sangat lembab (maaf berterus terang) jadi apalah salahnya jika any individu or group mengambil inisiatif untuk menggerakkan ataupun menampakkan supaya negeri kita ni sedikit colourful, jika benar memang perlukan permit, tak salah jika pihak MPM tu sendiri GUIDE Pak Long ni untuk dapatkan permit daripada just cakap je pastu permit tu pun memang tak dikeluarkan lagi. Jangan hanya bersuara just nak nampakkan anda berkuasa tapi tak bantu untuk orang biasa faham dari sudut mana kah penguat kuasaan itu. SILA BAGI NAMPAK DAN FAHAMKAN MASYARAKAT TENTANG ROLE SETIAP JABATAN. Kami harap jika ada sesiapa di dalam network ini yang bekerja di MPM ataupun saudara mara anda ada bekerja di situ sila bantu untuk ambik tindakan dan BANTU, jangan sampai orang PAKISTAN (contoh je) yang melukis di tempat anda sendiri nanti ye :) "Hari ni 31 Ogos..ulangtahun kemerdekaan negara yg ke 56..yg menariknya hari ni kali ke 3 aku dihalau penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar kerana alasannya aku melukis tanpa permit di Dataran Tanjung Emas..macamana aku nak ada permit kalau aku mohon ko kata dah tak dikeluarkan lagi..sekarang macamana ?..aku tak boleh nak tunggu..takkan aku nak jawab pada anak aku.."abah tak boleh beli beras sayang permit melukis abah belum keluar..".e on la beb..korang boleh bagi permit pada premis jual ARAK jual NOMBOR EKOR takkan permit untuk pelukis jalanan macam aku ni tak boleh di pertimbangkan..dan kalau betul pun permit tu dah tak dikeluarkan lagi berilah peluang aku cari sesuap nasi di bumi yg merdeka ni..dan kepada encik penguatkuasa..tak payah la nak tengking2 aku depan khalayak ramai..aku tinggi suara dgn ko pon tak..aku bukan mencuri pun..bukan jual dadah pun..bukan jual dvd haram pun..cakap elok2 kan bagus.." facebook account : Park Loong Yus
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 08:58:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015