Banjir Kilat Luar Biasa Melanda Bandar Raya Kota Kinabalu Banjir - TopicsExpress



          

Banjir Kilat Luar Biasa Melanda Bandar Raya Kota Kinabalu Banjir kilat luar biasa melanda Kota Kinabalu akibat hujan lebat tanpa henti selama enam jam pada Ahad lalu. Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandar dan pinggir bandar dilanda banjir kilat tersebut. Di dipersekitaran Kota Kinabalu, Inanam hingga ke Tuaran, dilapurkan perhubungan mengunakan kenderaan terjejas teruk. Menurut info selanjutnya , lalu lintas di sepanjang Jalan Sepanggar dan Tuaran amat perlahan di mana kenderaan kecil sukar melalui kawasan tersebut. Manakala Likas, Luyang, Api Api, Kepayan, Putatan, Donggongon, serta Inanam juga menerima nasib yang sama semua nya dalam keadaan yang teruk. Penduduk dikawasan terlibat mula memindahkan barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi kerana air mula memasuki kediaman menerusi longkang berhampiran. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, beberapa laporan diterima sejak pukul 4 petang, Ahad berhubung kesesakan lalu lintas. Gambaran selanjutnya...
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 08:36:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015