Barangkali, inilah sebabnya mengapa seorang suami sanggup memendam - TopicsExpress



          

Barangkali, inilah sebabnya mengapa seorang suami sanggup memendam segala dugaan dan cuba menghadapi segala ujian tanpa melibatkan seorang isteri. Sudah saya maklumkan kepada Puan Isteri agar biarkan saya uruskan sendiri dahulu dugaan yang sedang menimpa kami ini. Namun Puan isteri mungkin dapat melihat yang saya sendiri terlalu terkejut, terduduk dan terkesan dengan dugaan ini lalu berkeras untuk turut sama membantu dan membuat ‘research’ terhadap apa yang berlaku. Akibatnya…. sepanjang usia perkenalan dan perkahwinan kami, tidak pernah saya melihat Puan Isteri sesedih ini… Dalam sama-sama naik bangun bersama SmartStudy selama hampir 10 tahun, ujian & dugaan kali ini adalah yang terbesar buat kami. Puan isteri tidak dapat menahan sedih apabila mendapat bukti yang sejak sekurang-kurangnya setahun yang lalu, saya asyik ditipu, duit syarikat dicuri, program syarikat disekat, modul syarikat dicuri dan diolah, nama saya cuba diburukkan ke sana ke mari oleh orang-orang yang terlalu saya percayai. Apa yang kami alami adalah umpama kami tugaskan 3 orang yang kami percayai di hadapan kedai kami untuk menjemput pelanggan masuk. Apa yang berlaku ialah orang yang dipercayai ini, setiap kali pelanggan mahu masuk, mereka akan kata kedai sudah penuh, tidak boleh masuk. Kemudian mereka arahkan pelanggan ini ke kedai milik mereka sendiri (tetapi pelanggan tidak tahu kedai ini bukan milik kami). Ada pelanggan yang sudi masuk kedai mereka dan ada pelanggan yang berlalu pergi kerana tidak dapat masuk ke kedai kami. Jadi, kedai kami bukan sahaja kehilangan pelanggan yang lari ke kedai mereka, kami juga kehilangan pelanggan yang hanya mahu masuk ke kedai kami sahaja, tidak mahu kedai lain. Mungkin saya ini termasuk dalam kategori yang tidak suka marah-marah dan tidak pandai bercakap kasar dengan orang yang saya kenali. Sebab itulah Puan Isteri rasa saya mudah ditipu dan dibuli. Namun, walaupun tidak suka marah-marah dan mudah dibuli, saya pasti akan berjuang dan mempertahankan hak saya yang telah saya usahakan sejak tahun 2004 hingga kini. Alhamdulillah, selepas Puan Isteri membuat posting beberapa hari lalu, ada agak ramai rakan trainer, bekas anak murid, bekas peserta program, guru-guru, sahabat FB dan pembaca setia artikel2 FB saya yang menghubungi saya dan menawarkan bantuan. Saya rasa sangat terharu dengan bantuan yang sokongan yang diberikan tidak berhenti-henti ini. Tidak sangka yang kami ada sangat ramai kawan dan kenalan yang amat rapat di hati kami. Saya dan Puan Isteri amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kami dalam menghadapi dugaan ini. Terima kasih. :-)
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 12:05:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015