Bicara ekonomi... Secara ringkas, penubuhan bank-bank - TopicsExpress



          

Bicara ekonomi... Secara ringkas, penubuhan bank-bank persendirian pada permulaan 1860an, dan kemudian Badan Pesuruhjaya Matawang Malaya, dan seterusnya Bank Negara Malaysia yang mengamalkan perbankan komersial berdasarkan fractional reserve, kesemuanya boleh menerbitkan wang dari udara kosong, adalah permulaan proses yang mencengkam membawa pada ‘kebinasaan’ ekonomi orang Melayu, penduduk setempat dan pedagang Islam. Pengenalan nota bank Fiat (tanpa sandaran) oleh bank-bank awal di bawah sistem berdasarkan riba’ tidak memihak pada orang Melayu mahupun pedagang Islam. Ini adalah kerana pengambilan dan pemberian riba’ dilarang dalam agama. Pada mulanya, orang Islam tidak mahu bekerja langsung dengan bank. Maka itu sewajarnya, struktur perbankan memihak pada bukan Islam, terutama orang Cina yang meliputi komuniti perniagaan yang luas. Ini meningkatkan kemewahan secara melonjak ekonomi dan tahap pendidikan orang Cina jauh melebihi orang Melayu dan kaum lain. Oleh itu, pengwujudan wang Fiat oleh entiti-entiti di atas menyebabkan pengecutan sistematik keterlibatan kewangan relatif orang Melayu, penduduk tempatan dan pedagang Islam. Pinjaman berdasarkan riba’ memburukkan lagi keterasingan kewangan. Ini telah menyebabkan kekayaan amat besar dipindahkan dari orang Melayu melalui inflasi, dan kekurangan ekonomi yang terus melanda kini. Seterusnya, ini membawa pada kesan sosio-ekonomi-politik yang kita lihat di Malaysia sekarang. Sekarang terpulanglah pada kerajaan, NGO-NGO dan orang ramai untuk mengambil langkah yang perlu demi memperbetulkan keadaan. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera Dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 23:47:22 +0000

Trending Topics




© 2015