Bismillaa hir rohma nir rohim SANTAPAN ROHANI - PAGI RABU 13 - TopicsExpress



          

Bismillaa hir rohma nir rohim SANTAPAN ROHANI - PAGI RABU 13 NOVEMBER 2013: MEMPERINGATI AS SYAHIDAH DR MARWAH AL SYERBINI DR.MARWAH AS-SYERBINI DIBUNUH DENGAN KEJAM pada 1 Julai 2009 terhadap KERANA TUDUNGNYA... Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, MATI AKIBAT DITIKAM 18 KALI oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-ISLAM... Tidak ramai pula dikalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini...... RIBUAN PENDUDUK MESIR MENGHANTAR JENAZAH MARWAH ke tempat pengkebumiannya.... Beliau tidak sepopular artis atau ahli sukan tersohor dunia, TETAPI PASTINYA BELIAU TERSOHOR DI KALANGAN PENDUDUK LANGIT, kerana mempertahankan agamanya melalui tudungnya... MARWAH DITIKAM DI RUANG MAHKAMAH BANDAR DRESDEN, JERMAN, sebelum memberi keterangan keatas kesnya.... Ia mengadu tentang SEORANG PEMUDA JERMAN, ALEX W YANG KERAP MENYEBUTNYA “TERRORIS” HANYA DISEBABKAN BELIAU BERJILBAB..... Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah, dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah yang berasal dari Mesir itu.... Sewaktu berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali.... Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, cedera parah terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja tertembak suami Marwah..... Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi.... Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam..... Di zaman khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata “waa Mu’tasimah”.... Mu’tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.... Bagaimana Umat Islam kini, apa yang dibuat? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian raja pop Micheal Jackson sendiri.... Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah, melainkan media Islam khususnya di internet....
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 02:24:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015