Bismillah. Sejak beberapa tahun lalu, saya sedang menyusun sistem - TopicsExpress



          

Bismillah. Sejak beberapa tahun lalu, saya sedang menyusun sistem pendapatan untuk kerajaan tanpa memungut cukai, kerana saya percaya kebergantungan kepada cukai, adalah satu tindakan yang tidak selamat. Sebagai orang bisnes dan juga ada kelayakan dalam bidang kewangan @ perakaunan Insyaa Allah, saya mempunyai keyakinan bahawa ada cara bagi sesebuah kerajaan bagi mengurangkan cukai untuk rakyat secara berperingkat sehingga Zero Insyaa Allah. Pagi ini saya terkejut, apabila ke surau, Ustaz yang mengajar tentang hadis memberitahu salah satu hadis adalah Pemungut Cukai, akan masuk ke dalam Neraka. Benarkah hadis tersebut? Ini kerana hati saya selama ini, percaya bahawa, ada mekanisme Insyaa Allah yang boleh membuatkan kerajaan ada duit dan pada masa yang sama tidak bergantung kepada cukai. Astaghfirullah. Wallahu Alam. Malaysia | Shamsuddin Kadir
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 00:51:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015