Dalam situasi jerebu yang melanda negara akhir² ini, kempen - TopicsExpress



          

Dalam situasi jerebu yang melanda negara akhir² ini, kempen penjagaan kesihatan diri menghadapinya dilakukan oleh semua pihak. Diperingkat kerajaan, NGO dan masyarakat kesemuanya memainkan peranan. Mahasiswa di universiti juga tidak terkecuali bertindak membantu melalui persatuan dalam ruang lingkup kampus. Alhamdulillah, petang tadi saya meluangkan masa bersama rakan² mengikuti konvoi mengedarkan "Face Mask" anjuran Gabungan Mahasiswa Ukm (GMUKM) dan PM Ukm ke beberapa kolej antaranya KKM, KIY dan KBH. Sebelumnya edaran di PTSL, UKM dan sekitarnya. Menariknya, turut serta adalah rakan² Chinese GMUKM, mereka begitu bersemangat. Pengedaran sebentar tadi tidak dapat dilakukan ke semua kolej dek kerana kehabisan "Face Mask". Permintaan yang banyak daripada rakan² mahasiswa/i di kolej sehingga ia habis dan hanya sempat diedarkan di 3 kolej sahaja. Itu pun masih tidak cukup. Di luar sana dikhabarkan farmasi yang menjualnya sudah kehabisan stok. Ia sangat diperlukan pada waktu ini oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, rakan² yang tidak sempat memilikinya tidak mengapa. Kerana saya mendapat makluman dari Pengerusi GMUKM, sdr. Haziq Asyraf dan Presiden PMUKM, sdr. Ahmad Shukran Shaharudin akan membuat edaran kedua bila mana stok "Face Mask" itu ada. Edaran akan dibuat di beberapa kolej lain. Saya kira soal kebajikan mahasiswa ini perlu diberi perhatian segera. Semua pihak sama ada pihak pentadbiran universiti mahupun persatuan pelajar harus peka. Akhirnya, saya merakamkan tahniah kepada GMUKM dan PMUKM atas pengedaran "Face Mask" pada hari ini. Jelas menunjukkan komitmen yang tinggi GMUKM dan PMUKM dalam menjaga kebajikan mahasiswa/i di UKM. "Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti" "Ber-GM Lebih Baik" "Menjalin Kasih, Menyimpul Persaudaraan" Salam Persaudaraan, Abdul Rasyid Musa Yang DiPertua Kelab Perkim Ukm 13/14
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 13:31:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015