Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri sebelum tamatnya rubber - TopicsExpress



          

Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri sebelum tamatnya rubber set di perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF di Guangzhou, China sebentar tadi akibat kecederaan - sekaligus memberi kemenangan kepada juara bertahan dari China, Lin Dan. LCW dilihat beberapa kali terduduk dalam keadaan berpeluh-peluh kerana menahan kesakitan dan terpaksa dibantu pegawai perubatan sebelum cuba meneruskan permainan. Beliau akhirnya menarik diri secara rasmi dan terpaksa diusung keluar dari gelanggang Tianhe Gymnasium. Pada set pertama LCW menang 21-16 dan set kedua Lin Dan menang 21-13. Perlawanan berakhir pada kedudukan 17-20 rubber set.
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 12:36:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015