Dengan kemajuan perlombongan moden hari ini, Mesir mampu - TopicsExpress



          

Dengan kemajuan perlombongan moden hari ini, Mesir mampu mengeluarkan emas lebih banyak dibanding 20 tahun lalu. Terkini kira-kira 250 tan emas sudah berhasil dikeluarkan berbanding 70 tan pada tahun-tahun sebelum ini. "Semua kekayaan ini menyebabkan kuasa luar ingin menakluki Mesir," kata Ahmed Fahmy wakil Ikhwanul Muslimin dalam Sidang Meja Bulat Isu Rampasan Kuasa Mesir di Kuala Lumpur. "Sementara itu, sumber lain seperti gas dan petrol sudah dijual ke Israel dengan harga yang murah," katanya. Kedudukan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir sebelum ini, menurut Ahmed Fahmy telah menyebabkan segelintir saudaranya dapat meraih kekayaan peribadi sementara rakyat tidak menikmati kekayaan itu. "Walhal Mesir ini memiliki banyak lombong emas. Dan percayalah saudara, satu lombong emas sahaja sudah cukup untuk Mesir selama setahun," luah Ahmed Fahmy. Sesekali dia mengambil kesempatan mengkritik Arab Saudi dan negara Arab lain yang tidak membela Mesir sebelum ini. Sehingga kini, angka korban orang awam meningkat dengan begitu pantas. Perang-perang penaklukan Yahudi sekalipun tidak seganas ancaman tentera Mesir itu. Jumlah rakyat yang dibunuh tentera Mesir jauh lebih besar dibanding rakyat Palestin yang dibunuh askar Yahudi dalam Perang Oktober.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 02:26:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015