Di Baheera camp banyak sungguh species binatang hutan yang kecil - TopicsExpress



          

Di Baheera camp banyak sungguh species binatang hutan yang kecil kecil seperti siput babi, semut kumbang lipan rama rama kala jengking katak puru katak pisang katak kodok kelulut kunang kunang burung ciak burung lelayang dan berbagai lagi ...Binatang binatang ini seringkali keluar selepas hujan. En Johar, pelanggan saya datang melawat camp dan bertanya saya apa petanda camp tuan ini saya terkedu untuk menjawap. ini maknanya camp tuan ini sifar pencemaran dan ekosistem biosferanya bagus saya mengiayakan sahaja sambil itu saya bercerita tentang ilmu eko yang kami amalkan di Baheera camp. + kami tidak menggunakan racun serangga atau racun rumpai. Rumput dan semak, kami mesin/tebas. rumput kami longgok dengan sampah sarap dan kami tutup. Selepas sekian masa kami gunakan sebagai baja; + sisa sisa perut atau lemak ayam daging sayur kami buatkan lubang dan simpan disitu. sedikit bancuhan EM disembur. sisa sisa tidak berbau berlalat malah cepat menjadi baja kompos; + makanan lebihan kami beri kepada itik dan ayam makan; + botol plastik botol kaca tin kami simpan, sebahagian kami jadikan gajet pertanian dan kalau banyak kami hantar ke pusat recycle;
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 13:59:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015