Diuji, senyum, melihat realiti dunia, bukan semudah ABC untuk - TopicsExpress



          

Diuji, senyum, melihat realiti dunia, bukan semudah ABC untuk ditempuhi, ragam manusia pelbagai, tak semua menerima dan diterima, tak semua dibenci dan membenci. Nilaian iman dan takwa pembeza peribadi, menilai yang benar dan salah. Imam Bukhari difitnah sehingga dihalau keluar negeri, Imam Ahmad diuji dengan pukulan cemati, Imam Syafie pernah dipenjara, Imam Ibnu Taimiyyah pula dimasukkan lokap, bukan kerana mereka bersalah, tetapi kerana mereka sedang diuji. Para Anbiya telah mendahului ujian itu. Nabi Yusuf dipenjara, Nabi Muhammad digelar penyihir, Nabi Ibrahim cuba dibakar dengan api. Nabi-Nabi terdahulu telah diuji. Hari ini, adakah kita pernah diuji? Adakah ujian itu menguatkan atau melemahkan? Allah Berfirman: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3] Sesungguhya, sahabatku ini telah banyak membantu mengurangkan ujian itu. Semoga Allah mengurniakan kebaikan buat mereka.
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 07:25:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015