Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik - TopicsExpress



          

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu. Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. SUBHANALLAH! Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Janggut jangan dipendekkan. Hendaklah disimpan satu genggaman lima jari dan diurut ke bawah. Janggut yang digunting pendek bukan sunnah. Keberanian menyimpan janggut panjang adalah satu keberanian lelaki menegakkan sunnah nabi s.a.w. di akhir zaman yang penuh dengan fasakh dan mungkar. Di akhirat nabi s.a.w mengenali mereka yang mengamalkan sunnah semasa hidup di dunia. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 17:56:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015