Eyewitness account yg aku dgr drpd seorg engineer rakyat Gaza yg - TopicsExpress



          

Eyewitness account yg aku dgr drpd seorg engineer rakyat Gaza yg dijemput Aqsa Syarif: 1. Dia bacakan ayat Quran yg suruh org Islam berjuang. Kemudian dia bagitau dia tak minta org Malaysia berjuang, dia kata org Gaza boleh berjuang bagi pihak org Islam, tapi dia tanya apa org Malaysia boleh tolong utk anak isteri para syahid. 2. Kawan dia engineer pergi minta satu family evacuate rumah lama yg. dah crack dan mungkin nak roboh disebabkan bom Israel. Dlm rumah tu ada isteri dan 5 org anak seorang yg syahid dlm perang 2011. Isteri tu beritahu "Wallahi, dia kumpul makanan utk buka puasa anak-anak dia daripada sampah sarap". 3. Di Gaza ada satu kilang roti. Kilang roti tu mengamalkan diskriminasi harga: org kaya kena bayar, org miskin dpt free. Tapi takde sorang pun nak mengaku dia miskin dan nak benda free. 4. Dia tunjuk footage video, antaranya dia ambil sendiri. Tunjuk mayat 4 org budak. Dia kata bapa kepada budak-budak tu keluar cari makanan utk anak2 dia, bila dia balik dia jumpa anak2 dia dah mati kena bom. Dia tanya apa perasaan anda kalau ada org bawak mayat semua anak anda, dan tunjuk kepada anda. 5. 3 hari selepas dia sampai Malaysia, dia tgk sorang kawan dia imam bersedih. Dia tanya kenapa, kawan dia jawab masa dia nak pergi Malaysia, isteri dia nak bersalin. Sekarang baru dapat berita kandungan tu meninggal. Doktor bagitau isteri dia hidu gas beracun daripada bom dulu dan dia tak akan jadi bapa selama-lamanya. 6. Kat Gaza ada 2 jenis sekolah: sekolah PBB dan sekolah kerajaan Gaza. Masa Israel ceroboh utara Gaza, Israel buat pengumuman melalui Red Cross yg siapa2 yg duduk dlm sekolah PBB akan selamat. Semua lelaki Gaza tak mahu masuk sekolah PBB tu tapi hantar anak isteri supaya selamat. Ada lebih kurang 150 org wanita dan kanak-kanak dlm sekolah PBB tu. Israel bom sekolah tu dan semua mati. Dia kata untuk bagitau benda ni, dia kena keluar sempadan Rafah (Palestin-Mesir) pergi ke Malaysia, dia termasuk dlm kumpulan 40 org imam dlm satu bilik kecil. Bilik itu terlalu kecil sampai tak boleh duduk. Siapa yg. kurung? Askar Mesir. Askar Mesir tanya 4 soalan: 1. Siapa dia, 2. Dia dari mana, 3. Kenapa nak pergi Malaysia, 4. Apa mesej yg. nak disampaikan kepada org Malaysia. So sekarang ni aku bagitau kat korang semua. Terpulang kepada korang nak bagitau sesiapa.
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 06:48:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015