FALSAFAH MELAYU – MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, - TopicsExpress



          

FALSAFAH MELAYU – MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH PENGENALAN Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Disini mengenal Falsafah Melayu itu bererti mendapatkan hakikat erti sebenarnya siapa dan apa itu Melayu. Walapun terdapat pelbagai opini dan tafsirkata yang menyatakan apa itu Melayu namun ianya masih belum sempurna kerana Melayu itu belum lagi dapat dikamuskan dalam pemikiran orang Melayu sebagai satu asal dan usul dirinya orang Melayu ZAHIR dan BATINnya itu serta kehidupannya sebagai orang Melayu. Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar kedalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan diatas Melayu seharusnya dan sepatutnya berfalsafahkan kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil dari kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan dari mereka yang bukan ahlinya. Pada hari ini masih ramai dikalangan orang Melayu yang masih jahil dan tidak memahami akan ertikata Melayu kerana beranggapan erti Melayu yang diterima oleh masyarakat yang ada hanya ditafsirkan dari sudut dewan kamus bangsa yang bukan bangsa Melayu dan mengikut fakta sejarah yang dikaji dan ditulis oleh mereka yang bukan ahlinya serta meluruti usul bangsa mengikut pengkajian antrofosofi yang mana berdasarkan pengilmuan barat membataskan Melayu itu diatas struktur genetik fizikal sahaja tanpa mengambil kira akan keruhaniannya. Melayu harus dilihat atau manusia itu sendiri harus dilihat bukan sahaja dari sudut proses “PHYSICAL MIGRATION” tetapi juga dalam bentuk “SOUL MIGRATION”nya kerana keduanya saling diperlukan untuk membentuk diri manusia itu sendiri. Memahami akan teori evolusi, kajian yang dibuat hanyalah diatas fakta perubahan fizikal manusia itu yang mengalami proses peerubahan itu, dari satu bentuk ke bentuk yang lain contohnya bermula ras manusia dari HOMO ERECTUS sehingga berubah menjadi spesis yang dikenali sebagai “HOMO SAPIEN” iaitu manusia yang dikenali sekarang ini. Namun begitu masih terdapat “MISSING LINK” yang menjadi permasaalahan perkaitan fizikal evolusi yang mana membuka ruang untuk cerapan teori lain untuk mengisinya. Dari sudut keruhaniannya pula tiada banyak pengetahuan tentangnya hanya sekadar kutipan fahaman dan pembuktian penulisan yang didapati raihan kitab-kitab agama serta kajian teologi sedunia. Namun itu semua masih banyak kesamarannya kerana sebagaimana fizikalnya manusia itu melalui evolusinya tersendiri maka dalam bentuk keruhanian pasti jua mengalami evolusinya namun tiada pembuktian perbezaan atau perubahan yang diceritakan seolah-olah tiada identiti yang berbeza memisahkan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain dalam bentuk keruhaniannya. Jadi, pengevolusian fizikalnya harus jua selari dengan keruhaniannya kerana jika hanya fizikalnya berubah, keruhaniannya tidak, bagaimana pula kedudukan nilai moral, budaya serta pemikiran satu-satu bangsa itu ternyata terbeza antara satu dengan yang lain. Maka disini hendak ditekankan jika kita hendak memahami secara keseluruhan orang itu dan bangsanya harus kita mendapatkan butir-butir identitinya secara ZAHIR dan BATIN kerana jika ditinggalkan keruhanianya maka kita hanya mendapat identiti yang sama didalam kehidupan bangsa manusia dan nescaya jika sama semuanya keruhanian itu maka tidak perlu banyak agamanya, kepercayaannya, kefahamannya serta falsafah kehidupannya. Inilah yang hendak dipaparkan apabila membincangkan Melayu itu, ia harus didalam dua konteksnya iaitu ZAHIR dan BATINnya. Setiap pembukuan akan pengenalan Melayu yang sedia ada terdapat banyak kepincangan dalam konteks penjelasannya. Para penulis dan ahli akademik sendiri didalam mentakrifkan Melayu itu banyak bersumberkan pandangan orang barat dan dari mereka yang cuba menjadi “AUTHORITY” Melayu dimana mereka membuat andaian mereka sendiri tentang apa dan siapa Melayu itu. Adalah amat mengecewakan jika dilihat fakta tertera yang rata-rata hanya merendahkan martabat Melayu serta menghina kewibaan orang Melayu dan budayanya sehingga kita sebagai orang Melayu hari ini hanya menjadi hamba abdi kepada mereka kerana terpasung dalam konsepsi mereka dan mengakuri kenyataan mereka tentang apa dan siapa Melayu itu. Kita orang Melayu digenerasi terkini terhimpit sudah dan dibiuskan pemikirannya dan tiada dibenarkan untuk menyuarakan rasa hati dan membuahkan fikiran hasil penilikan dan pengamatan sendiri berumbikan hak kita sebagai orang Melayu dan akibatnya kita orang Melayu tidak dapat bangun dan tegak bersuara sebagai bangsa yang perkasa, hanyalah sebagai kuli dan hamba yang hanya menjayakan doktrin dan ajaran ketuanan bangsa asing yang telah menyerap, meliputi dan menjadi darah daging kita. Ini adalah benar jika kita mahu menerima hakikat bangsa kita hari ini. Orang Melayu pada generasi kita hari ini sudah hilang jati dirinya, sudah hilang akar umbinya, sudah hilang punca kegemilangan zaman silamnya, sudah murah harga dirinya kerana orang Melayu sekarang ini adalah MELAYU HAMBA dan bukan MELAYU TUAN. Maka dimanakah ketuanan orang Melayu itu sebagaimana yang sibuk dilaungkan oleh pelbagai pihak dari pelbagai lapisan dan dimanakah kedaulatan orang Melayu itu jika orang Melayu yang ada kini hanya berbudayakan budaya bangsa yang menjajahnya tiada kira dari segi budayanya dan pemikirannnya. Ternyata hanya budaya TUANnya bangsa penjajah tercerna didalam acuan dirinya dimana didalam setiap aspek dirinya tercermin dan tersira aspek TUANnya bangsa penjajah itu sehingga hidup dan matinya orang Melayu itu tetap dalam hukum doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya yang mulia dan disanjungnya. Sampai bilakah kehendak kita dinafikan demi menyatakan Melayu dalam persepsi kita sendiri? Sampai bilakah semuanya itu dapat dijadikan kenyataan? Sampai bilakah pula orang Melayu yang ada kini harus hidup tanpa integritinya, tanpa identiti Melayunya dan haruskah selamanya bertaut dan berselubung dengan budaya penjajah? Takkan sudah didalam era kemerdekaan ini masih tetap kita orang Melayu dijajah oleh mereka. Kita secara tubuhnya sudah bebas dan tidak lagi menjadi boneka kehambaan bangsa penjajah namun pemikiran kita masih tetap terbelenggu dan dipaku dengan ideologi mereka dan falsafah kehidupan mereka sehingga kita menjadi malu mengatakan diri kita ORANG MELAYU. Kita takut akan bayangan Tuan kita bangsa penjajah akan membuang kita sebagai hamba tidak bertuan dan tidak mengiktirafkan ketaatan dan kesetiaan kita pada mereka. Nescaya kita akan dikutuk oleh TUAN kita bangsa penjajah itu. Kita orang Melayu malu akan dirinya, malu ZAHIR DAN BATINNYA MELAYU. Akibat tersandong dan terkena hikmat bangsa penjajah, kita orang Melayu sudah jauh dari paksi dirinya dan kejatian dirinya. Akibat pengdoktrinan mereka serta ajaran yang menjadi rukun hidup kita orang Melayu, maka menjadilah ia satu penyakit yang membusong dan menguntut didalam masyarakat sehingga menjadi ia kekemelutan masaalah sosial dan psikologi orang Melayu hari ini. Sebenarnya ia bukanlah masaalah baru tetapi sudah berakar umbi semenjak dijajah oleh bangsa lain yang menyebarkan doktrin serta ajaran budaya mereka yang sememangnya tidak sinonim dan tiada asas kemelayuan yang menjadi teras dan fondasi doktrin mereka. Melayu kini dianggap memiliki penyakit sosial dan psikologi dan ternyata amat kronik kedudukannya pada pandangan setengah ahli pemikir dan penemu jawapan akan permasaalahan itu kerana terdapat pelbagai kes keruntuhan moral dan kepincangan masyarakat yang ditemui. Ramai yang cuba meng-diagnos-kan nya dengan metodologi yang dipelajari dari bangsa lain dan memang ada keberkesanannya namun ianya tidak dianggap sebagai satu “ULTIMATE SOLUTION” dan penyakit ini akan berterusan sehingga kita berjumpa dengan “ANTIDOT” yang boleh menyelesaikannya secara “TOTALITY”. Maka adalah perlu jika orang Melayu ingin menemukan “ULTIMATE SOLUTION” ini, dinasihatkan agar orang Melayu menyingkap kembali kebelakang dengan melihat pensejarahan bangsa Melayu kerana hanya dengan mengenal sejarah bangsa Melayu itu kita dapat informasi tentang asal orang Melayu dan aktiviti kehidupannya serta ketamadunannya. Kita memang arif dengan sikap penjajah dan taktik penjajahan itu yang mana taktik utamanya ialah menghapuskan kesan sejarah bangsa yang dijajah dan memberitahu bangsa yang dijajah itu bahawa nenek moyang mereka adalah bangsa yang belum bertamadun dan jahil serta bodoh serba serbi disamping menulis kembali sejarah bangsa itu dengan memasukkan diri mereka sebagai bangsa penjajah adalah pembawa cahaya dan budaya yang adil dan menutup kebodohan dan kehinaan mereka dengan kekerasan yang dinamakan “undang-undang” yang memaksa bangsa dijajah akur akan kehendak mereka. Para penjajah adalah “DIKTATOR” yang berselimutkan kebaikan dan keadilan walaupun hakikatnya tidak. Mereka bangsa penjajah bukanlah bangsa yang hebat tetapi lemah cuma “bersenjata” dan diantara senjata utama adalah NAFSU yang menjadi daya pelemah dalam misi mereka menjajah bangsa itu. Mereka akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang sanggup menjadi “PAK TURUT” dan menjadi tali barut demi meraih kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima. Namun kebanyakan ahli bangsa yang dijajah yang menjadi ANJING PENJAJAH tidak merupakan golongan yang menyayangi bangsanya tetapi hanya menyayangi nafsu mereka sendiri sehingga maruah bangsa itu terjual dan tergadai diatas tangan mereka ini. Mereka ini dianggap sebagai PEMBELA BANGSA sedangkan mereka yang tidak bersetuju diatas tindakan mereka menjual maruah bangsanya menjadi PEMBERONTAK dan dianggap MUSUH PENJAJAH dan dikecam sebagai PENGKHIANAT BANGSA. Kita dapat melihat kebenaran ini didalam penulisan sejarah yang menceritakan pejuang-pejuang bangsa yang dijajah dihukum dan dicop sebagai “PENGKHIANAT BANGSA” iaitu bangsa penjajah bukannya pengkhianat bangsa yang dijajah. Inilah tafsiran PENGKHIANAT keatas bangsa dijajah itu sendiri kerana mereka itu adalah diantara bangsa yang dijajah walau hanya segelintir yang mampu dan sanggup bangkit menentang akan penjajahan bangsanya serta menentang akan doktrin dan ajaran bangsa penjajah itu. Malangnya bangsa yang dijajah itu sendiri sanggup dan tergamak ikut serta menyokong sepenuhnya kehendak bangsa penjajah disamping mengaut keuntungan demi dirnyai sendiri dan sanggup membunuh bangsanya demi mendapat kemulian dan penghormatan dari bangsa panjajah itu yang diiktirafkan sebagai TUANnya yang baik. Terdapat banyak sejarah yang ditulis keatas mereka pejuang bangsa yang mati dibunuh oleh para penjajah dan mereka ini dianggap sebagai manusia yang derhaka serta penjahat yang tiada bermoral semata-mata kerana mereka ini bangkit menentang bangsa penjajah itu. Semua itu boleh dikatakan satu pengorbanan kerana mereka menyayangi bangsanya dan tidak mahu dijajah oleh mereka yang ingin mendominasi kekayaan bangsa memperhambakan anak cucunya dan menuani tanah yang dijajah itu. Mereka inilah hakikatnya perompak dan pembunuh yang membunuh bangsa yang dijajah samaada secara fizikal maupun mindanya. Mereka melumpuhkan dan menghancurkan sistem kebudayaan bangsa yang dijajah itu dan menukarkan nilai budaya bangsa yang dijajah itu kepada nilai budaya mereka dan menurunkan pula doktrin dan ajaran mereka kepada bangsa yang dijajah agar dijadikan panduan hidup dan peraturan yang wajib diikuti dan dihayati sampai mati agar mudah-mudahan hidup mereka dirahmati bangsa penjajah itu. Merekalah penyelamat bangsa, merekalah merestukan hidup setiap orang, merekalah penentu hina dan mulia martabat seseorang dan merekalah penghukum diri dan penentu yang muktamad diatas diri setiap orang bangsa yang dijajahnya sehingga bangsa yang dijajah itu tiada ruang lagi untuk kembali ke asal usulnya dan mendapatkan kejatian dirinya. Bangsa yang dijajah sudah diindoktrinkan mindanya, sudah diajar dari kecilnya, sudah ditanamkan semangat menjadi hamba yang mulia taat akan segala suruhan dan perintah bangsa penjajah itu. Orang Melayu sekarang ini malu menerima budaya datok nenek dan moyang mereka kerana dianggap tidak selari dan bertentangan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya yang mulia. Ada yang malu mengaku dirinya Melayu dan tidak suka adat dan cara Melayu kerana melihat adat dan cara bangsa penjajah itu jauh lebih mulia. Inilah yang amat dikesali dan menyedihkan kerana anak sanggup membunuh bapanya semata-mata hendak menegakkan kebenaran doktrin dan ajaran bangsa penjajah TUANnya yang berkuasa diatas dirinya. Ada orang Melayu sanggup menghina dan mengutuk bangsanya sendiri sehingga ada yang sanggup menghukum bangsanya diatas ideologi TUANnya. Rasa-rasanya benarlah seperti pepatah Melayu “ kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kehausan”. Apa yang berlaku didalam kepincangan masyarakat Melayu hari ini adalah akibat migrasi atau penalaran masuk budaya asing dan penerapan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Semua ini adalah sebab utama punca kehilangan jatinya diri orang Melayu itu dan sudah berpaling tadah dari ajaran datok nenek dan moyang mereka yang jauh lebih sempurna penyelesaiannya kerana semua resolusi penyelesaian itu adalah diatas nilai kemelayuan dan kehidupan sebagai orang Melayu dan bukan bangsa penjajah yang samasekali tiada berumbikan dan berdasarkan nilai bangsa Melayu tetapi nilai budaya bangsa penjajah itu sendiri. Maka tidak mungkin mereka yang berlainan nilai budayanya dapat menunjuk kepada kita akan cara menyelesaikan permasaalahan orang Melayu, sesekali tidak mungkin. Fikirkanlah secara rasionalnya, ianya sesuatu yang agak mustahil, bukankah begitu! Ini semua adalah agenda bangsa penjajah dan segalanya dirancang secara teliti sehingga hari ini setiap bangsa yang dijajah itu lumpuh dan tidak dapat berdikari dalam kehidupan mereka seharian maupun dalam pemikiran mereka tanpa menggunakan penyelesaian yang bersandarkan doktrin dan ajaran mereka, bangsa penjajah itu. Ini adalah fakta yang ramai tidak mengetahuinya, hakikat yang tidak mahu diterima oleh orang Melayu kerana sudah taksub akan mengidolakan TUANnya, bangsa penjajah itu walaupun kita orang Melayu kini sudah merdeka dari menjadi hamba tubuh namun dalam pemikiran kita tetap dan masih kekal dijajah dan dibelengu dengan doktrin dan ajaran mereka. Selagi orang Melayu bersandarkan doktrin bangsa penjajah ini, orang Melayu sudah tentu tidak akan menemukan “ULTIMATE SOLUTION” itu. Seperkara lagi sebagaimana kita ketahui, taktik untuk menghilangkan kesan sejarah satu-satu bangsa yang dijajah ialah dimana bangsa penjajah akan menghancurkan ketamadunan bangsa itu sehingga tiada kesan tapak ketamadunan dan sejarahnya yang menunjukkkan kegemilangan dan kehebatan bangsa itu. Disamping meniupkan doktrin kehebatan bangsa mereka sebagai bangsa yang mulia dan pilihan Tuhan, sebagai bangsa yang mendominasi dunia, sebagai pemerintah alam, semua ini adalah amat mudah akan jawapannya diatas proklamasi kata-kata bangsa penjajah itu, jika kita hendak melihat kebenarannya. Bagi mereka bangsa penjajah, hanya merekalah bangsa terpilih sementara bangsa dijajah seperti orang Melayu adalah dianggap penghuni gua dan menginap diatas pokok, memakai cawat dan menyembah batu dan pokok sedangkan mereka adalah bangsa yang menegakkan kebenaran dan membangunkan kesejahteraan bangsa yang dijajah itu. Inilah kerja ahli pemikir bangsa penjajah itu memutar-belitkan fakta sejarah bangsa yang diijajah dengan menulis kembali akan sejarah bangsa yang dijajah itu melalui pemfaktaan baru melalui penulis-penulis mereka dan penulis upahan yang bertujuan semata-mata untuk tujuan ini.Kedapatan banyak penulisan tentang orang Melayu sengaja ditulis dalam bentuk yang dikehendaki oleh bangsa penjajah dan amat menakjubkan apabila diantar penulis upahan itu adalah dikalangan orang Melayu itu sendiri. Kita dapat melihat menerusi penulisan mereka yang mencatitikan kepincangan masyarakat Melayu dan kelemahan pemerintahan Melayu yang tidak adil serta menceritakan kedaifan dan menggambarkan keruntuhan moral orang Melayu dimana-mana tanpa ada segan silu sehingga anak cucu orang Melayu, bangsa yang dijajah menjadi malu diatas kebiadaban dan keaiban datok nenek dan moyang mereka sendiri. Inilah propaganda yang digunakan oleh pihak bangsa penjajah dalam menjalankan jarum peniti berbisa yang menyakitkan keseluruhan keturunan bangsa yang dijajah itu. Kerana itu, selagi keturunan bangsa yang dijajah tidak berjumpa dengan bukti pensejarahan yang menunjukkan kehebatan datok nenek dan moyang mereka dalam keilmuan dan ketamadunan mereka, meneliti kembali kesusteraan dan literatur mereka, ketinggian moral dan dharma kehidupan mereka, selagi itulah mereka anak cucu terpaksa akur dengan doktrin penjajah. Inilah hasrat dan niat jahat bangsa penjajah agar apabila mereka sudah tiada lagi, budaya mereka terus diamalkan oleh bangsa yang dijajah itu dan mereka bangsa yang dijajah akan terus menghidupkan doktrin dan ajaran mereka sebagai sistem kehidupan tanpa perlu ada pertikaian, mutlak untuk selamanya. Bagi mana-mana pihak dari bangsa yang dijajah yang cuba mencungkil kembali sejarah kegemilangan datok nenek dan moyang mereka dan mengetahui hakikat tujuan penjajahan adalah semata-mata menjadikan mereka hamba yang kekal dalam cengkaman mereka dan bukan sebagai bangsa yang bebas akan ditahan segala aktivinya dan dikecam sehebat-hebatnya. Namun semua itu sudah lama berlalu kerana bagi kita orang Melayu kini sudah dimerdekakan dan menikmati kemerdekaan yang dianugerahkan oleh bangsa penjajah. Malangnya mereka, bangsa penjajah walaupun kini sudah beredar dan tidak ada lagi pada hari ini namun pejuang-pejuang sukarelawan yang menyokong kuat ideologi mereka yang berdasarkan doktrin dan ajaran mereka kini diwakili pula oleh anak cucu bangsa yang dijajah itu sendiri. Inilah dilema yang melanda nasib orang Melayu kini dimana anak orang Melayu sendiri didikan TUAN PENJAJAHnya pula menjalankan peranan mengekalkan penjajahan TUANnya di era kemerdekaaan ini dan menjadi seperti TUANnya terus menyiksa dan menyakiti ibubapanya dan sekelian keturunan bangsanya tanpa ada rasa malu dan dengan rasa yang penuh sombong dan bongkak menyangka dirinya sudah hebat dalam menguruskan kehidupan bangsanya walhal segalanya adalah diatas bayangan dan peniruan gaya sosial dan budaya serta diatas pembelajran dan pengakademian kedoktrinan dan pelajaran ajaran TUANnya dan bukanlah diatas naluri dan nilai budaya serta adat resam kita sebagai orang Melayu yang sepatutnya dijadikan garis panduan dan manual pemerintahan. Pada hari ini juga kita lihat telah banyak bukti dipaparkan dan dapat dibaca secaral global melalui media percetakan dan media internet yang menyalorkan informasi terkini tanpa ada sekatan namun ramai orang Melayu masih tetap bersikap dingin dan skeptikal akan keterangan yang ditonjolkan dan dianggap sebagai satu tomahan dan beragenda untuk menghapuskan kuasa ketuanan dan integriti TUANnya dan mendalilkan segala yang dikisahkan sebagai sesuatu yang samar dan berbentuk mitos serta tiada dapat diterima kerana ditakuti akan merobah pemikiran bangsanya yang sepatutnya setia dengan TUANnya bangsa penjajah. Adalah amat pelik jika dilihat pada kebangkitan bangsa lain yang semuanya menjuruskan pelepasan mereka dari belengu penjajahan kepada bentuk budaya mereka iaitu menanggalkan pakain penjajah dan memakai pakaian tradisi mereka iaitu rmanifesto bangsa mereka sendiri, bukan lagi manifesto berkait dengan bangsa penjajah. Kini persoalannya kenapa tidak kita orang Melayu berusaha memerdekan diri kita sepenuhnya dari belengu penjajahan, tiada kira samaada budaya dan sosialnya juga turut serta pemikirannya harus juga bebas dari ideologi bangsa penjajah. Harus orang Melayu itu mengujudkan manifesto perjuangannya sendiri mengikut kejatian dirinya sebagai orang Melayu dan tidak bersandarkan manifesto bangsa penjajah yang kini sudah tiada berguna lagi untuk kita hari ini. Ini bukanlah satu persoalan yang mana hanya sebilangan pihak sahaja contohnya para akademik dan pakar bangsa itu yang menentukan nilai bukti yang ditemui sebagai asas yang memperkasakan Melayu dianggap hanya sebagai mitos dan bukan sebagai sejarah yang mendapat tempat didalam sekular para akedemik tetapi sepatutnya dan seharusnya oleh bangsa itu sendiri untuk menentukannnya. Bukan segolongan orang Melayu sahaja yang mengatakan YA atau BENARnya fakta itu tetapi semua orang Melayu wajib memainkan peranan bersama dalam menentukan kebenarannya. Janganlah hanya sekadar menuruti apa dikatakan oleh beberapa orang atau segolongan pihak sahaja tanpa orang Melayu itu sendiri berfikir dan menentukannya sendiri. Walaupun orang kebanyakan atau masyarakat biasa dianggap sebagai mereka yang tiada “AUTHORITY” didalam pendidikan dan pentadbiran bangsanya namun apabila menyentuh bab Melayu orang Melayu secara keseluruhannya wajib bersama berganding dan berkerjasama. Ini jualah penyakit yang melanda minda atau pemikiran orang Melayu yang mana kita orang Melayu semua warisi akibat penjajahan minda yang menjadikan kita lumpuh dalam memikir sendiri atau “diajar jangan BERFIKIR”, terima apa yang dikatakan dan diperundangkan dan dihukumkan oleh doktrin dan ajaran penjajah. Selagi bangsa Melayu hanya pandai membaca dan menghafal dan tidak memikirkan apa yang dibacanya itu, selagi itulah kita orang Melayu tidak akan bebas mencari penyelesaian sendiri yang berteraskan nilai budaya bangsa kita sebagai ORANG MELAYU dan mendapatkan penyelesaian melalui pemikiran kita orang Melayu bukan pemikiran ALA bangsa penjajah. Kita orang Melayu boleh berfikir sendiri dan berfikir kita cara kita dan bukan berfikir cara orang lain. Tidak perlu terlalu mengagungkan pemikir bangsa lain dan lebih teruk cuba berfikir cara mereka dalam mencari penyelesaian kita. Buah fikiran mereka tertakluk diatas keperibadian bangsa itu dan sesekali tak sama dengan keperibadian kita orang Melayu. Mengapa harus sudah sekian lama tetap masih kita orang Melayu yang bergelar cendiakawan dan ahli pemikir Melayu menggunakan sistem pemikiran yang bukan milik kita. Ramai yang masih merujuk kepada pemikiran bangsa lain demi mendapatkan penyelesaian bangsanya sendiri seolah olah kita bangsa dan orang Melayu hanya pandai “CUT and PASTE” sahaja. Datok nenek dan moyang kita meninggalkan “LEGACY” pemikiran mereka yang hebat dalam pelbagai bentuk termasuk dalam kesusasteraan yang kaya dengan pelbagai keilmuan serta kesenian yang halus dan tinggi nilai ketuhanan dan peradaban yang tinggi teknologinya berbanding dengan bangsa yang sezaman dengan mereka disuatu ketika dahulu. Keterangan ini mungkin menjengkelkan sesetengah pihak yang sengaja tiada mahu akur akannya dan menyakitkan pula bagi sesetengah pihak yang langsung sudah tidak mengaku dirinya dari keturunan Melayu. Jika kita mahu menerima hakikat kenyataan ini harus kita tahu hakikatnya semua manusia dianugerahkan Tuhan akan AKAL, maka kenapa tidak dapat pula kita menggunakan anugerah ini demi kepentingan “SURVIVAL” bangsa kita sendiri berdasarkan ideologi kita yangbersandarkan nilai kita sendiri sebagai orang Melayu. Kenapa masih perlu bertaut pada ajaran dan doktrin bangsa lain. Amat bodohkah kita ini orang Melayu? Tidak pernahkah ujud literatur Melayu serta kesusasteraan Melayu yang menceritakan epik dan sejarah bangsa Melayu disamping dokumentasi kehidupan orang Melayu serta penulisan keilmuan orang Melayu didalam peradabannya. Hina sangatkah kita orang Melayu? Adakah Melayu buta huruf dan tidak pandai menulis sedangkan kita lihat banyak hasil kraftangan Melayu dari pembuatan tekstil sehingga terbangunnya seni arkitektur yang dasyat-dasyat seperti BORODUDOR contohnya. Adakah contoh ini tidak menonjolkan ciri-ciri pengakademian yang merangkumi ukuran dan kiraan matematik bukan sekadar pembuatan yang melulu. Sampai bilakah orang Melayu harus menutup mata dan telinganya dari melihat kebenaran ini. Sampai bilakah Melayu akan dijajah MINDA dan PEMIKIRANnya. Jangan mengatakan kehebatan Melayu diatas kata dan penulisan yang tetap bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa lain. Mengapa dan kenapa mesti merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa lain yang sememangnya tidak sinonim dengan budaya kita. Mengapa mesti mengguna contoh mereka sebagai contoh kita? Sudah ternyata tak akan sama dan jika kita masih menepikan fakta ini dan tetap berkeras dengan keyakinan kita diatas doktrin dan ajaran bangsa penjajah bererti kita orang Melayu sudah tiada lagi hanya kelonsong yang tiada isinya. Sebagai contohnya tidak mungkin seseorang itu dapat mengenal anak kita secara keseluruhannnya, hanya kita sebagai ibubapanya yang mengenali anak itu dari kecil sehingga dewasa. Jadi, mengapa ada orang lain hendak meletakkan “AUTHORITY” diatas anak kita sedangkan hanya ibubapanya sahaja yang mengenali secara terperinci akan anak itu. Jadi diatas perkara ini selogiknya membawa kita kepada hakikat “AUTHORITY” itu jatuh diatas ibubapa yang mengenali anaknya ZAHIR dan BATIN dan yang tahu rasahatinya serta pemikirannya. Ibubapa tahu akan anaknya dan menghukum anaknya dengan cara orang Melayu mengikut tradisi dan bukan dengan cara bangsa lain. Maka hukuman itu tetap adil walau nampak kasar, walau keras tetap dalam lingkungan adat kita orang Melayu, sepatutnya. Disini kita lihat akan analogi yang sama dapat kita ketengahkan dan di isukan dalam permasaalahan sosial dan psikologi orang Melayu. Berbalik kepada contoh awal iaitu kenapa perlu memakai “AUTHORITY” orang lain untuk menghukum anak kita, maka samalah dengan persoalan kenapa dan mengapa mesti memakai “AUTHORITY” bangsa lain yang tidak kenal orang Melayu, isi hati orang Melayu dan pemikiran orang Melayu menghukum bangsa Melayu. Siapakah pula bangsa penjajah pada masyarakat Melayu? Tentu dilihat sebagai orang asing dan tiada pertalian dengan rumpun bangsa Melayu bahkan jauh adat dan budayanya, rasa hatinya dan pemikirannya. Hanya dengan doktrin dan ajaran mereka sebagai landasan penghukumannya, mereka cuba mempamirkan kebijaksanaan mereka serta prihatinnya mereka didalam pentadbiran orang Melayu dan menghukum orang Melayu dimana mereka menunjukkan seolah-olah mereka pula lebih arif akan perihalnya orang Melayu. Bagaimanakah mungkin orang lain tahu perihal anak kita kalau tidak kita ibubapanya jua! Maka dimanakah letaknya jati diri orang Melayu? Persoalan yang sering dipersidangkan oleh kita dan diperbahaskan demi mendapatkan kepastiannya. Sudah berpuluh pendebatan dan penyaringan pemikiran serta beratus pula tekaan dan kataputus dalam mendapatkan erti kata Melayu itu namun semuanya hanya perbincangan mulut dan mata yang tetap tidak lari dari konteks penjajahan. Setiap buku dan kamus yang sedia ada hanya mencerminkan andaian bangsa penjajah dan rumusan serta ketetapan yang diberi oleh bangsa penjajah. Tidak ada satupun jawapan yang diwarnai dan di aromakan mengikut tradisi Melayu dan datok nenek serta moyangnya. Sehingga hari ini jawapannya masih TIDAK ADA kerana orang Melayu tidak mampu mendongak keatas dan menguak ruang untuk memijak bangsa penjajah. Diri orang Melayu yang ada masih lagi dikongkong minda dan pemikirannya dan tetap kemuktamadannya bersandar akan KENYATAAN yang dibuat oleh bangsa penjajah dan tetap akan merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa penjajah, TUANnya. Penyakit sosial dan psikologi orang Melayu yang kini terpapar disana sini dipelbagai sudut media dan disuarakan didalam perbincangan dan ceramah mencerminkan betapa kroniknya dan betapa amat perlu dijumpakan ANTIDOTnya. Secara umumnya kita melihat gejala sosial dijadikan sebagai satu ukuran dan penyebab akan keruntuhan bangsa namun apa yang lebih parah lagi ialah kepincangan psikologi bangsa itu kerana ianya adalah penentu hukum dan yang menghukum akan kepincangan itu. Segalanya berpunca dari minda dan gaya pemikiran bangsa itu yang menjadi begitu negatif terhadap dirinya sendiri dan akibat terikut-ikut akan budaya asing. Bangsa sendiri dididik mengikut nilai budaya bangsa penjajah yang menanahkan pelbagai penyakit psikologi yang kronik menular didalam diri orang Melayu itu kerana berlaku mutasi budaya sehingga menjadi kanser yang tak terubat dan seterusnya membunuh jatinya orang Melayu itu. Orang Melayu dirundung dilema akibat tertekan dengan doktrin dan ajaran bangsa penjajah yang menjadi pengukur nilai moral dan etik bangsa Melayu dan bukan diukur atas nilai budi dan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Rata-rata kita lihat orang Melayu kini tidak terlepas dari penjajahan mindanya oleh bangsa penjajah, terang dan nyata kita dipaparkan penyelesaian yang masih diwarnai oleh doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Ramai anak cucu orang Melayu diacukan dan dididik pada peringkat awal dengan doktrin dan ajaran bangsa lain dan mengagungkan bangsa penjajah sebagai TUAN YANG BAIK. Anak cucu dialu-alukan dan dikerah agar mengikut jejak dan gaya sosial dan pemikiran bangsa penjajah agar dapat menjadi sama seperti TUANnya. Anak yang membawa doktrin dan ajaran TUANnya dianggap sebagi anak yang dimuliakan kerana kini anaknya menjadi pula TUAN diatas dirinya. Kini anak cucu acuan bangsa penjajah pula menjadi ganti TUANnya yang telah tiada. Inilah kehendak bangsa dijajah itu sendiri, lebih-lebih lagi bangsa Melayu yang ada, sentiasa berselera hendak mengekalkan kedudukan mereka didalam keadaan tetap terpenjara dan seronok dipenjarakan didalam sistem yang terbina dengan doktrin dan ajaran TUANnya kerana bangsa Melayu yang ada takut keluar dari gua kongkongan TUANnya, takut tak dapat cari makan sendiri dan hilang punca rezekinya. Segalanya dihidang dan disuapkan oleh TUANnya, tidak perlu berusaha untuk mencari sendiri, hanya ikut apa yang telah disistemkan untuk kehidupannya. Orang Melayu sudah hilang jati dirinya, merelakan dirinya dihurung sana sini, ditarik hidungnya tanpa melawan. Orang Melayu sudah hilang taringnya seperti seekor harimau yang lumpuh dan lemah akibat dikurung dan terbelenggu seumur hidupnya. Segalanya yang ada didalam sistem penjajah sudah dipermudahkan oleh bangsa penjajah itu sehingga bangsa yang dijajahnya tidak perlu berfikir keluar dari sistemnya, ambil dan terima serta amalkan doktrin dan ajaran yang ada, tak perlu susah-susah mengujudkan sistem yang baru, tidak perlu keluar dari sistem yang sedia ada, tidak perlu keluar dari kongkongan undang-undang doktrin dan ajaran TUANnya kerana semua itu akan menyusahkan kita semua. Semua sistem yang ada terbentuk dari samaada dari sistem pendidikan sehingga kepada sistem pentadbiran, segalanya adalah sistem bangsa penjajah itu. Jika ada sesiapa yang cuba merobah kedudukan sistem penjajah dan membuka pekong niat penjajah serta kepincangan doktrin dan ajaran mereka nescaya akan hukum oleh bangsanya sendiri kerana TUAN PENJAJAH sudah berdarah dan berdagingkan bangsa itu sendiri. Tiada yang merasai kebenaran ini dan lebih-lebih lagi bangsa Melayu yang telah hilang akan jati dirinya dan memakai jati bangsa penjajah sebagai gantinya. Sikap penjajah tiada mungkin ingin melakukan sesuatu demi kebaikan bangsa yang dijajah malah konsep menjajah itu adalah konsep memperhambakan dan menguasai bangsa yang dijajah demi kepentingan diri mereka. Mereka merampas segala hak milik bangsa yang dijajah sehingga tiada lagi ketinggalan pada mereka hanya tubuh yang telah diaibkan dan pemikiran yang telah di “BRAIN-WASH”kan. Ini memang fakta yang takut diterima oleh orang Melayu kerana mereka sudah alpa dan tiada keupayaan untuk berfikir diluar kandang sistem pemikiran yang diacukan oleh pihak penjajah. Ramai orang Melayu kecundang dalam percubaan merobah sistem kehidupan kerana disana-sini masih dikawal rapi oleh panganut setia akan TUANnya bangsa penjajah. Mereka yang cuba memperluaskan dan menjuruskan konsep pemikiran bangsa Melayu kearah pembebasan dan mengadunkannya kembali kepada bentuk pemikiran asal orang Melayu hanya ibarat melepaskan batuk ditangga dan dianggap pemberontak yang hendak menganggu sisitem TUANnya, bangsa penjajah. Segala usaha hanya sia-sia dan tidak akan disokong oleh mana-mana pihak kerana adalah amat bersalahan dan berdosa besar jika kita melawan “AUTHORITY” TUAN kita bangsa penjajah yang selama ini amat bermurah hati menjaga makan dan minum kita, mendidik kita dengan nilai dan budaya bangsa mereka agar kita sentiasa dipandang mulia dan dianggap HAMBA yang taat pada TUANnya. Inilah kesungguhan yang dipertunjukkan oleh orang Melayu didalam kehidupan mereka seharian bersungguh-sungguh menjalankan perintah mereka dan beramal dengan doktrin dan ajaran mereka, bangsa penjajah. Setiap manusia mempunyai naluri menginginkan kebahagian dan kesejahteraan diri dan keluarga mereka hinggalah kepada kesejahteraan bangsanya tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu untuk menguak ruang dan melihat akan nasib bangsanya didalam perspektif yang jujur dan tulin. Ramai yang memperjuangkan nasib bangsa atas tiket kumpulan dan organisasi serta pertubuhan yang bertemakan “orang Melayu” tetapi ada pula caj yang dikenakan diatas perjuangan mereka dan menjadikan ia satu platform meraih keuntungan dan mencapai kehormatan diri diatas permerdagangan niat mereka menolong orang Melayu. Ada yang cuba menyalurkan ideologi demi kepentingan diri dan meraih undi dikalangan orang Melayu agar menjadikan dia tunggak penegak keadilan untuk orang Melayu tetapi malangnya tahap ideologi yang dibentangkan hanya sekadar ulangan kata dan ideogram yang telah usang dan tiada relevan dimasa kini. Orang Melayu memerlukan platform yang baru, memerlukan sistem yang baru dan bukan sistem yang bersandarkan doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Kita orang Melayu perlukan revolusi pemikiran dan ORDER yang baru demi mencapai kejatian Melayu yang asli dan mengembalikan orang Melayu kepada tahap pencapaian yang tinggi sebagaimana datok nenek dan moyang kita pada suatu masa dahulu. Inilah diantara halangan yang menjadi punca kenapa urusan orang Melayu terencat dan hanya separuh jalan. Perjuangan mereka hanya diatas nafsu yang melonjak, ghairah dengan tema MELAYU tetapi hanya laungan mulut tidak dengan hati kerana hati mereka tetap bertuankan TUANnya bangsa penjajah serta membawa keperibadian bangsa penjajah didalam diri mereka. Selagi ini semua masih samar-samar pendekatannya dan usaha yang berniat kepentingan diri sendiri iaitu “berpolitik” dalam usahanya maka adalah amat sukar bagi orang Melayu mencapai penyelesaian apatah lagi jika isu utamanya adalah “SURVIVAL” bangsa Melayu itu. Ini adalah lumrah perjuangan yang masih dibayangi dan di bondongi arca TUAN PENJAJAH dalam bentuk “CUT and PASTE” walaupun sekarang sudah berversi Melayu “hanya alih bahasa sahaja”, isinya tetap berintikan nilai perjuangan TUAN PENJAJAHnya yang berdasarkan doktrin dan ajaran mereka. Bangsa Melayu masih lagi tidak mampu untuk mendapatkan nilai kejatian dan kemurnian dirinya yang berdasarkan ketulinan diri mereka melalui budaya dan pemikiran Melayu. Masih kelihatan disana-sini rata-rata tetap menggunakan metodologi dan merujuk akan doktrin dan ajaran penjajah. Tiada siapa yang boleh menafikan hakikat ini. Jika ditanya kepada semua orang Melayu akan apa yang dimaksudkan “jati diri”, hampir 90% akan merujuk kepada doktrin dan ajaran bangsa penjajah. Mahu tidak mahu orang Melayu terpaksa akur bahawa jati diri itu hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang tulin tidak diwarnai dan dipengaruhi oleh nilai asing dan budaya orang lain. Hanya orang Melayu sahaja boleh menjawab apakah itu JATI DIRI sebagai orang Melayu. Tidak boleh memakai kata dan ajaran orang lain demi mentafsir dan mendefinasikan MELAYU itu. Hanya Melayu tahu Melayu, hanya Melayu rasa Melayu, hanya Melayu jadi Melayu. Dimanakah gurindam, pantun dan peribahasa Melayu? Dimanakah petua kita orang-orang tua yang menjadi pedoman dan kata nasihat untuk anak-cucu? Kenapa perlu bersandarkan kata bangsa penjajah yang jauh nilai adat dan adabnya. Doktrin dan ajaran Melayu seharusnya menjadi dasar penghukuman dan tempat ambil nasihat dalam menyelasaikan kemelutan dan permasalahan orang Melayu. Bukan mengkaji pemikiran bangsa lain tetapi mengkaji pemikiran bangsanya sendiri. Sebagai contohnya “TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA” dan “HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH, BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA” Ini adalah idiometrik yang paling terkenal serta beribu lagi bentuknya yang ditatarkan dalam kesusasteran kita yang kaya dengan nasihat dan sindiran serta kata semangat untuk digunapakai dalam kehidupan orang Melayu seharian. Malangnya dan amat malang sekali segalanya semakin pudar dan anak cucu yang ada sudah tidak lagi mengetahui kewujudannya dan apatah lagi untuk mempraktikkannya sebagai bahan pedoman dan nasihat didalam kehidupan mereka. BAPAK BOREK ANAK RINTIK. Sebagaimana tertera diatas idiom ini kita dapat melihat bagaimana cara dan gaya seseorang itu semuanya melalui orang tua yang menjadi tempat puncanya. Jika orang Melayu tidak menitik beratkan budayanya maka anak cucu akan jua mengikut rentak orang tuanya. Maka inilah tugas kita orang Melayu agar berusaha dan mencuba mengembalikan jati diri kita berdasarkan budaya Melayu itu sendiri. Memang disengajakan oleh beberapa pihak apatah lagi bagi mereka yang masih ingin menjadi bayangan TUAN PENJAJAHnya agar semua orang Melayu dapat meninggalkan nilai budi dan budaya datok nenek dan moyang mereka dan menurut kehendak bangsa penjajah kerana segala “AUTHORITY” keatas dirinya dan bangsanya seharus mungkin tidak menyakiti hati mereka walau menyakiti bangsa sendiri. Semuanya tak apa asalkan bangsa penjajah iaitu TUANnya sentiasa mengenang jasa dirinya. Biarlah mati anak, biarlah mati adat asal TUAN kita tidak mati. Biarlah orang Melayu tersiksa dan merana asalkan jangan TUANnya tersiksa dan terhina. Inilah budi yang dikehendaki oleh sekelian orang Melayu yang ada menyembah TUANnya dan mengikuti kehendak TUANnya bangsa penjajah dengan mengekalkan doktrin dan ajaran mereka.Selain daripada itu hanya sindiran dan komentar yang negatif dilemparkan diatas segala yang berkait dengan budaya Melayu dan memuliakan segala yang berkait dengan budaya bangsa penjajah, TUANnya yang baik. Haruslah kita orang Melayu kembalikan maruah dan memartabatkan diri orang Melayu didalam bentuknya yang ASLI dan TULIN sebagaimana orang Melayu disuatu ketika dahulu pernah menjadi “PIONEER” dalam pelbagai aspek ketamadunan. Bukan menjadi PAK TURUT dan menghambakan diri demi atas nama TUANnya bangsa penjajah. Terdapat banyak bukti yang menyokong kehebatan orang Melayu serta ketinggian ilmu mereka. Namun segala kebenaran ini diperlekehkan semata-mata ianya tidak menepati citarasa bangsa penjajah yang memang tidak mahu dan akan menekan jika bangsa yang dijajahnya itu bangkit menentang mereka tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Bangsa penjajah wajib dipaparkan kehebatan dan kebaikan mereka agar bangsa yang dijajah akan memuliakan mereka dan takut untuk menentang. Ini adalah propaganda bangsa penjajah dan akan tetap mendapat sokongan dari anak cucu orang Melayu yang ingin mengikuti dan menjadi seperti TUANnya. Orang Melayu pada hari ini adalah hamba dan bangsa yang lemah, orang Melayu tidak boleh berfikir hanya mengikuti aliran pemikiran bangsa yang menjajahnya. Kenapa semua ini berlaku? Kenapa tiada yang bangkit menentang sekurang-kurangnya mendapatkan kejatian diri orang Melayu itu? Benarkah Melayu itu LAYU dan kenapa sebegitu mudah orang Melayu menerima tafsiran yang mengutuk dan menghinakan itu? Jangan ada yang hanya berkata didalam hati dan hanya menjelingkan mata sahaja diatas isu-isu yang membabitkan maruah bangsanya. Sudah diperkatakan tadi hanya segelintir sahaja yang berkobar semangatnya inginkan bangsanya diadili sebagaimana martabatnya yang hakiki. Bukan atas penilaian bangsa lain yang tidak mengerti langsung adat dan budi kita orang Melayu. Lebih menyakitkan jika dikaitkan dengan orang Melayu, hanya perkataan-perkataan yang negatif sahaja di laungkan dan di ertikatakan seperti MEMPERCAYAI BENDA YANG KARUT lah, DONGENG lah, TAHYUL lah, PENIPU lah dan MALAS lah. Ada yang beranggapan segala literatur Melayu hanya satu mitos yang tidak ada kebenarannya. Jika dilihat akan doktrin dan ajaran bangsa penjajah ada jua terdapat “FOLKLORE” mereka yang berbentuk mitos iaitu hanya cerita mulut ke mulut tetapi mereka beranggapan itu adalah benar sedangkan kita punya khayalan semata-mata. Orang Melayu harus ada satu manifesto dalam perjuangannya. Manifesto yang ikhlas dalam kebangkitan orang Melayu sebagai bangsa yang perkasa, manifesto yang berusaha untuk mengembalikan jatinya diri orang Melayu itu atau sekurang-kurangnya kembalikan Melayu itu kebentuknya yang asal sebelum adanya penjajah. Bukan satu kertas kerja yang berdasarkan metodologi bangsa penjajah tetapi mengikut citarasanya sendiri dan gaya pemikirannya sendiri. Adakah yang berkurangan dengan kita orang Melayu? Adakah kita orang Melayu terlalu miskin dengan pengetahuan dan akal yang sembab sehingga tidak mampu merenung jauh akan sesuatu perkara? Masihkah ada kekurangan pada bangsa Melayu atau kita tidak yakin pada diri kita sendiri kerana sudah terbiasa digendong oleh bangsa penjajah yang membesarkan kita sekian lama? Orang Melayu sudah terjajah beratus-ratus tahun lamanya dan jika dikaji impaknya memang kita orang Melayu sudah menerimanya dan akibat penjajahan bukan sahaja dari segi fizikalnya pernah menghambakan dirinya demi TUANnya tetapi dijajah dan dimamah mindanya hingga hilang panduan dalam kehidupannya dan tidak akan membuat sesuatu jika tidak direstui oleh TUANnya bangsa penjajah itu. Berapa lama lagi perlu kita tunggu jika kita hendak memartabatkan kembali maruah bangsa dan kedudukan kita sebagai bangsa yang dihormati dan rasanya sudah sampai pula masa untuk kita mengambil alih kuasa dari bangsa penjajah dan mengeluarkan mereka dari sistem kehidupan kita dan pemikiran kita serta berpatah kembali menghidupkan semangat kebudayaan kita serta tradisi kita sebagai orang Melayu yang sejati. Ya! kita semua harus dan wajib menyumbang tenaga dan usaha kearah itu. Kita sudah cukup ramai para cendiakawan dan bijak pandai yang mampu untuk bersama menegakkan kembali kegemilangan orang Melayu serta menaik taraf atau martabat orang Melayu agar tidak dilihat sebagai bangsa yang dijajah tetapi yang sudah dewasa dan matang serta mampu menandingi bangsa yang pernah menjajahnya disuatu ketika dahulu. Kita tidak memerlukan mereka lagi hari ini dan kita tidak perlu tunduk pada TUAN kita yang tidak pernah prihatin terhadap bangsa kita hanya semata-mata diperhambakan demi kepentingan diri mereka. Kita sudah mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk. Kita tidak perlu diberitahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri kita. Kita orang Melayu sebenarnya sudah lama tahu akan kebenaran ini tetapi malangnya sudah dibunuh Melayu itu sehingga hanya pusaranya sahaja yang tinggal. Melayu yang ada hanya zombi penjajah menjalankan perintah mereka. Ini kata yang menyakitkan jika hendak diterima kebenarannya. Kita perlu mengujudkan sistem pemikiran yang selari dengan nilai diri dan budaya Melayu. Kita mesti membuat sesuatu dan mengujudkan perjuangan yang berteraskan Kemelayuan yang Sejati, bukan isi Melayu kulit orang lain atau kulit Melayu isi orang lain, ZAHIR dan BATINNYA MELAYU. Harus faham akan kenyataan ini jika sesiapa yang ingin memperjuangkan maruah bangsanya dan harus mengambil kira akan maksud jati diri itu bukan sesuatu yang diterapkan dari nilai budaya bangsa asing. Dapatkah kita makan buah tembikai rasa betik dan makan betik rasa durian? Maka bangunlah wahai Melayu dari selimut penjajahan dan bangunlah menuju kejayaan bangsamu. Bangun bukan bererti bangkit berdiri atas tubuh sahaja tetapi dengan pemikiranmu yang tetap setia dengan bangganya diatas kamu orang Melayu (ZAHIR dan BATIN). Oleh itu kita susuli dengan satu pendasaran bagaimana kita orang Melayu hendak bangkit dan keluar dari penjara penjajahan bangsa lain. Adalah menjadi satu persoalan kepada diri kita jika ditanya apakah itu MELAYU dan apakah tafsiran yang membawa kepada wujudnya MELAYU itu? Jika dilihat dari fakta sejarah dan erti yang mendatangkan perkataan MELAYU itu terdapat banyak penulisan tentangnya. Semua itu sudah tidak relevan lagi kerana kita mesti mendapatkan idiom yang mampu merangkumi erti Melayu itu ZAHIR dan BATIN dan bukan sekadar teka-teki permainan bahasa yang tidak cukup mendewasakan erti MELAYU itu. Melayu mesti diiktirafkan sebagai idiom yang dewasa dan menjadi kata semangat dan menjadi pegangan semua orang jika hendak mengujudkan sistem Melayu baru yang membolehkan kita orang Melayu setanding dengan bangsa lain didunia ini. Maka semestinya kita akan mengujudkan “NEW ORDER” dalam mendefinasikan Melayu itu dan mengklasifikasikannnya dalam kecanggihan budaya serta kewibaan orang Melayu. Dalam bentuk “NEW ORDER” mesti ada takrif yang menyesuaikan MELAYU itu ke satu transformasi dan transmutasi agar Melayu dapat mencapai kembali kegemilangannya dan martabatnya sebagai manusia yang hebat ZAHIR dan BATIN yang telah lama sengaja dipupuskan oleh bangsa penjajah. Maka apakah yang patut diusulkan tentang maksud Melayu itu? Disini kita cuba mengambil kira akan erti Melayu itu didalam bentuk ZAHIR dan BATIN. Melayu harus diertikan dan dimaksudkan ke arah ZAHIR dan BATINnya agar lengkap pengenalannya sebagai isi dan kulit, tersurat dan tersirat serta mampu menjadi perlambangan akan apa dan siapa Melayu itu ZAHIR dan BATIN. Dalam pencarian akan erti yang sesuai dan tafsir yang menghampiri akan kebenaran apa dan siapakah Melayu itu secara hakiki dalam konteks sejarah dan kehebatan Melayu didalam pengilmuannya maka dirumuskan MELAYU itu sebagai satu istilah atau idiometrik iaitu “MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH”. Melayu yang diertikan sebagai MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH adalah satu tafsiran secara menyeluruh merangkumi ZAHIR dan BATINnya Melayu itu. Maka harus difahami akan falsafah MELAYU itu dalam konteks METAFIZIKA yang keluar dari fahaman biasa iaitu tidak dinilai hanya dari sudut fizikalnya orang Melayu itu serta penakrifan yang bersandarkan keilmuan alam yang nyata ini. Ianya merangkumi keruhanian Melayu itu iaitu merangkumi alam ghaib dan nyatanya Melayu itu. Melayu itu pada hakikatnya bukanlah orang, bukan makan, bukan cakapnya dan pakaiannya serta apa jua yang terkait dengan alam yang nyata ini yang menunjukkan akan orang Melayu itu. Orangnya memang fizikal tetapi Melayu itu takrif yang berbeda kerana tiada menunjukkan fizikalitinya. Sebagai mana orang itu bermaksud “CARRIER” nya dan Melayu itu adalah “VALUE”nya. Maka orang Melayu adalah ZAHIR dan BATINnya Melayu itu secara keseluruhan. Disini harus difahami akan perbezaan yang menyatu sebagai satu entiti yang menjadi lembaga Melayu iaitu “Orang dan Melayu”. Dimanakah dapat dinyatakan Melayu itu jika tidak melalui pembawanya iaitu orangnya. Dimanakah orang Melayu jika dia tidak membawa nilai Melayu itu. Disinilah ternampak oleh kita akan perbedaan yang ketara dalam mengenal Melayu itu sebagaimana yang telah kita kenal atas kefahaman biasa dan satu perkenalan baru dalam “NEW ORDER” sepertimana yang telah diperkatakan. Melayu itu sebenarnya terlalu luas akan alamnya dan terlalu mendalam falsafah kehidupannya bukan sekadar menyara kehidupan dan menikmati kehidupan didunia sahaja. Melayu itu adalah nilai dan bukan orangnya. Sesiapa orang Melayu sewajarnya membawa nilai Melayu didalam jiwanya dan bukan nilai budi bangsa lain yang tidak sinonim dengan bangsa kita. Kita harus sedar akan fakta ini yang sememangnya amat berat untuk diterima kerana sekian lama kita terbiasa dengan budaya dan pemikiran bangsa yang menjajah kita. Maka “MELAYU ITU ALAM DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH” mendefinasikan kembali kita kearah manifesto Melayu Baru yang akan membangunkan sistem Melayu berdasarkan formulasisasi ini. Wajib diperkenankan oleh sesiapa sahaja yang menginginkan MELAYU dijadikan dasar dirinya yang sememangnya orang Melayu dan menerima hakikatnya sebagai orang Melayu. Bukakanlah pintu hatimu kearah penerimaan yang berbentuk penyerahan dan bukan penentangan kebenaran akan hakikat siapa kamu sebagai Melayu. Jika tiada yang menginginkannya pergilah jauh-jauh dan jangan sesekali pula menghina akan kata-kata ini. Setelah memperkenalkan Melayu ke satu horizon yang lebih meluas ertikatanya dan lebih dalam siratkatanya maka barulah dapat disusunkan satu agenda yang akan menjulangkan nama Melayu dipesada dunia, barulah orang Melayu dapat bermain dengan kuasa-kuasa besar, barulah orang Melayu dapat memulakan ORDER BARUnya demi mencapai matlamat untuk memerdekakan orang Melayu ZAHIR dan BATINnya bukan hanya kulit Melayu isinya bukan atau isinya Melayu kulitnya bukan. Melayu keseluruhannya ZAHIR dan BATIN. Maka disini diperturunkan sinopsis Melayu sebagaimana yang patut kita ketahui dan dihayati bukan seperti yang mana telah sedia maklum akan maklumat dan pengetahuan akannya apabila diperkatakan tentang Melayu. Harus mengerti akan apa yang akan diperkatakan nanti tentang Melayu sebagaimana telah dijuruskan kearah HAKIKAT Melayu sebagaimana yang belum pernah diketengahkan oleh sesiapa atau dikenali setakat ini. Hendaklah sesiapa yang benar Melayunya ZAHIR dan BATIN tampil kehadapan bersama berjuang demi “SURVIVAL” bangsa Melayu dialaf akan datang. HIDUP MELAYU!
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 22:32:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015