Fakta Kelebihan Makanan Sunnah - Buah Tin Buah tin Fakta sains - TopicsExpress



          

Fakta Kelebihan Makanan Sunnah - Buah Tin Buah tin Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi. Fakta Sains Dan Hadist Dalam fakta sains modern menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan medical memiliki kemanjuran tinggi. Oleh karena itu nabi Muhammad SAW mengomentari buah ini dalam salah satu Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”. Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengomentari riwayat hadits diatas: “Menguji kemanjuran pengobatan nabi sebagai tersebut dalam hadits ini, dapat dirilis beberapa teori. Pada zaman dahulu kala, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan medis, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah medis…” Kelebihan Buah Tin Melaluiperubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban tin, dimana dianggap secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, borok, flu burung, mag, gangguan sirkulasi mensturasi dan luka bakar. Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandungi garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan. Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah: 1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak 2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam. 3. Memecahkan batu karang di dalam badan. 4. Menyegarkan badan yang lesu. 5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan. 6. Rawatan buasir. 7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain. 8. Rawatan penyakit GOUT. Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah). Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat dahsyat, memiliki kegunaan medis yang sangat banyak. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi lagi bahawa: “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana lahan tin memang tidak serasi dengan lahan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin karena manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu…” Maka Ibn al-Qayyim berkesimpulan bahwa yang dimaksud ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenal luas itu.
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 13:56:59 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015