~ Fakta makanan pedas Selalunya kita dengar orang cakap, makan - TopicsExpress



          

~ Fakta makanan pedas Selalunya kita dengar orang cakap, makan pedas tak elok untuk kesihatan dan perut kan? Di sini, ada beberapa info menarik tentang kelebihan makanan pedas. 1. Menurunkan berat badan Cili mengandungi capsacin yang akan mempercepatkan metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana capsacin meningkatkan suhu badan dan berperanan dalam peningkatan degupan jantung. Lebih jauh lagi, kajian menunjukkan orang yang hobinya makan pedas biasanya makan dalam kuantiti sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. 2. Menyihatkan Jantung Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Kajian juga menunjukkan kadar kolesterol jahat / LDL boleh mencegah pengoksidaan yang boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Capsaicin juga efektif melawan inflamasi, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung. 3. Melancarkan peredaran darah Makanan pedas akan melancarkan peredaran dan menurunkan tekanan darah. Cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah kerana kandungan vitamin A dan C-nya. 4. Anti-kanser Banyak kajian menunjukkan penggunaan teratur makanan pedas akan mengurangkan risiko kanser. Capsaicin melambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpat merosakkan sel sihat di sekitarnya. 5. Meningkatkan fungsi cerna Manfaat cili dalam saluran cerna adalah meningkatkan peredaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga membantu membunuh bakter H. pylori penyebab sakit maag. Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut. 9. Melancarkan pernafasan Makanan pedas bertindak seperti ekspektoran dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinus, dan penyakit pernafasan yang lain untuk bernafas lebih baik. ~Jj~
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 20:30:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015