Fatwa tentang sambutan Nisfu Syaaban oleh Penerima Anugerah Tokoh - TopicsExpress



          

Fatwa tentang sambutan Nisfu Syaaban oleh Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa kali ke-8 (1431/2009M) Kuala Lumpur: "Tidak pernah diriwayatkan dpd Nabi saw dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di Masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca surah Yasin dan solat Sunat Khusus dengan niat tertentu. Ianya satu perbuatan yg menyanggahi Nas al-Quran dan Sunnah … perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yg kita lihat dan dengar yg berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah Bid`ah yg diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yg dinyatakan dalam Nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut Salaf, segala keburukan itu adalah Bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap perkara yg diadakan-adakan dalam Urusan Agama adalah Bid`ah, dan setiap yg Bid`ah itu adalah sesat dan setiap yg sesat itu didalam Neraka"
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 14:10:39 +0000

Trending Topics



v>

Recently Viewed Topics




© 2015