Gagal manfaat dana RM23j 2013/09/21 Kuala Selangor: Kerajaan - TopicsExpress



          

Gagal manfaat dana RM23j 2013/09/21 Kuala Selangor: Kerajaan Selangor gagal menggunakan dana bernilai RM23 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan bagi membaiki prasarana di lebih 20 kawasan perindustrian negeri itu, termasuk dana pembangunan RM2.5 juta membabitkan dua kawasan di Ijok iaitu Kawasan Perindustrian Batu 22 dan Jalan Harmoni. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata kerajaan negeri perlu lebih komited dalam memastikan semua kawasan perindustrian terbabit diberi perhatian secukupnya, setimpal dengan peruntukan yang diberikan. Katanya, terdapat banyak kekurangan di kawasan perindustrian terbabit seperti masalah longkang tidak diselenggara, tiada lampu jalan dan jalan berdebu kerana tidak diturap sempurna. “Akibat daripada masalah prasarana yang tidak diselenggara, hanya 17 daripada 77 lot industri beroperasi, walaupun sudah dibuka lebih 10 tahun. “Bagi membantu 17 unit kilang ini, kita peruntukkan RM820,000 lagi supaya keadaan di sini menjadi lebih selesa dan selamat,” katanya selepas meninjau kawasan perindustrian Batu 22, di sini, semalam. Simpan dana disalur Noh berkata, masalah itu disebabkan kerajaan negeri seperti tidak melakukan apa-apa perubahan pada kawasan industri yang ada di seluruh negeri, sebaliknya menyimpan dana yang disalurkan Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, peruntukan disalurkan Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sepatutnya digunakan sebaik mungkin supaya dapat menarik lebih ramai lagi pelabur datang ke Selangor. “Adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali jika ada pihak yang mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan untuk memajukan perindustrian Selangor,” katanya.BH
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 01:34:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015