Global Rundingan damai minggu depan 27 Julai 2013 * TEL AVIV - - TopicsExpress



          

Global Rundingan damai minggu depan 27 Julai 2013 * TEL AVIV - ISRAEL. Rundingan damai Palestin-Israel yang tertangguh hampir tiga tahun lalu dijadualkan disambung semula di Washington Selasa depan. Menteri Tenaga dan Air Silvan Shalom mengeluarkan kenyataan itu ketika mesyuarat bersama beberapa menteri termasuk Menteri Perancangan Palestin, Muhammad Abu Ramadan berhubung rancangan untuk membina zon pertanian dan industri di Palestin. "Sebarang perkembangan dalam rundingan itu mesti berdasarkan kepada keamanan dan keselamatan," katanya dipetik DPA Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Marie Harf enggan mengulas berhubung perkara itu sebaliknya hanya mengesahkan rundingan tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat. Minggu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry mengumumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyambung semula rundingan itu tanpa memberi butiran lanjut. S.H
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 15:14:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015